in

“Sibuk kain orang, kain sendiri terbuka” – Ali Puteh ‘Sindir’ Abby Abadi?

Ali Puteh Sindir Abby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari minggu lepas lagi, kecoh diperkatakan mengenai isu anak perempuan kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim yang didakwa telah menjadi punca kepada keruntuhan rumah tangga sebuah pasangan.


Meskipun empunya diri, Marissa Dania Hakim ada membuat kenyataan berhubung perkara tersebut dengan mengakui kesalahannya, netizen seakan tidak puas hati dengan hal tersebut.

Marissa 2

Artikel berkaitan: “Saya mengaku bersalah” – Marissa Dania Hakim Buka Mulut, Beri Penjelasan Melalui Hantaran Di Instagram

Artikel berkaitan: “Memang sedap bersangka-sangka” – Kecoh Isu Anak Jadi Penyondol, Abby Abadi Buka Mulut?

“Kain sendiri terbuka”  

Pelawak Ali Puteh juga antara yang tidak ketinggalan mengulas mengenai isu tersebut di Instastory miliknya.

Menurut Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, dia dilihat seakan-akan menyindir Abby Abadi, ibu kepada Marissa yang didakwa telah mencampuri urusan orang lain dan akhirnya perkara yang sama terkena pada diri sendiri.

Pun begitu, Ali berharap masalah yang dihadapi keluarga berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.

Ali Marissa

2020 berlalu kini 2023… Moga baik-baik sahaja buat keluarganya. Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka,” katanya.

Bersama posting itu, dia juga memuat naik dua tangkap layar memaparkan isu melibatkan dirinya dan bekas kakak ipar, Nor Hidayah yang pernah diulas Abby dan isu panas melanda anak Abby sekarang.

Terdahulu, Abby difahamkan telah memihak kepada Hidayah berhubung hak seorang balu dan pernah menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan wanita itu dan anaknya jika mempunyai masa terluang.

Sumber: mStar, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.