in

Siapa Pakai Baju Melayu Lengkap Dengan ‘Sneakers’, Gua Jumpa, Gua Rembat Lu – Joe Flizzow

Joe Flizzow Baju Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min nak tanya, kalau korang pakai baju melayu, selalunya korang akan pair kan dengan kasut apa? Ada setengah orang pakai selipar je sebab senang nak keluar masuk rumah dan ada juga yang pilih untuk pakai kasut kulit.

Befunky Joe E1651978370837

Tapi menurut selebriti tempatan, Joe Flizzow, nampaknya dia seperti tak sedap mata melihat orang lain berbaju melayu lengkap bersampin tapi dipadankan dengan sneakers.


Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram @sneakerlah, penyanyi lagu Apa Khabar ini meminta untuk tidak memadankan baju melayu lengkap mereka dengan sneakers sebab fesyen itu hanya sesuai untuk budak-budak.

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:

https://www.instagram.com/p/CdCukGqJyue/?utm_source=ig_embed&ig_rid=e4593cab-c8d9-4cc3-9385-f95469862a39

“Jika anda memakai full set baju melayu – songkok, baju kancing, sampin – tolong jangan pakai dengan sneakers. Jangan pakai dengan Jordan, Yeezy atau apa-apa. Please, please…

“Itu untuk budak kecik, kalau dah tua tolong pakai kasut, sepatu atau capal yang elok. Kalau tidak gua jumpa, gua rembat lu,” katanya.

243D0A8E 8C1F 4B21 B228 5423196Bb847 E1651978425426

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih 200 ribu tontonan. Meskipun ada yang bersetuju dengan kata-kata Joe Flizzow, rata-ratanya kurang bersetuju dan menyatakan fesyen itu adalah sesuatu yang fleksibel dan apa yang penting adalah keselesaan individu itu sendiri supaya tak menjadi mangsa fesyen.

“Let them wear what they like, lain orang lain cara menyambut hari bahagia. Kalau diorang happy nak pakai sneakers on hari raya let them be. It’s hari raya, hari orang happy. That’s only matters,” tulis warganet.

“Pakai lah kasut apa pun, jangan rembat orang lain punya sudah,” kata pengguna lain pula.

“Great opinion tapi pada aku, cukuplah kalau selesa dan tak menyusahkan diri,” kata yang lain pula.

Sumber: IG @sneakerlah

Baca: “Pakaian tradisional ada banyak simbolik” – Sebab Kenapa Baju Melayu Moden Tiada Identiti Melayu Islam

Bajumelayumoden6 E1651976367395

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.