in

Peminjam ‘Hidup Bermewah’ Bertanggungjawab Langsai PTPTN

Oksyed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik memaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan menunaikan janji berkenaan pembayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurutnya, peminjam PTPTN tidak perlu membayar hutang pengajian selagi gaji mereka tidak mencapai RM4,000. Pun begitu, Free Malaysia Today melaporkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bahawa peminjam yang berkemampuan bertanggungjawab membayar hutang mereka walaupun gaji tak cecah RM4,000.


Whatsapp Image 2017 10 02 At 12.39.28.Jpeg 1506930683
sumber: nst

Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan bahawa peminjam yang kurang tanggungan dan berkemampuan menggunakan gaji untuk memenuhi kehendak gaya hidup seperti pergi bercuti dan memiliki telefon bimbit mahal sepatutnya menjelaskan dulu komitmen pinjaman.

“Perkara ini perlu dilihat secara kes demi kes iaitu kerajaan perlu membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan mereka yang tidak mampu.”

“Tetapi saya ingin menegaskan, bagi mereka yang berkemampuan untuk bercuti ke luar negara, kamu bertanggungjawab bayar semula pinjaman.”

Ketua Pemuda PPBM itu turut menerangkan tentang matlamat utama penangguhan pembayaran wang pinjaman PTPTN yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan. Cadangan tersebut sebenarnya bertujuan untuk membantu dua golongan:

  1. Graduan yang belum bekerja
  2. Individu yang sudah bekerja tetapi berpendapatan rendah
Bb051114Rw002.Transformed
sumber: blog

Menurut Syed Saddiq, golongan peminjam ini merupakan golongan terbesar yang terkesan dengan tindakan penyenaraian hitam PTPTN.

“Ada peminjam yang mendapat kerja tetapi hanya mempunyai gaji sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan, ini tidak mencukupi ditambah dengan kadar kos hidup yang tinggi hari ini. Malah kadar pengangguran belia di Malaysia juga tinggi.”

Oleh sebab itu, Syed Saddiq menegaskan bahawa Pakatan Harapan berpendapat mereka perlu membantu golongan ini daripada terus menghukum mereka dengan senarai hitam.

Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut.

Baca: “Mungkin masa depan bersama saya?”

Ss 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.