in

Siapa Ingat Filem Blok 404 & Kem 505? Filem Femes Zaman VCD, Jom Throwback!

Blok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang budak 90-an, mesti korang ingat siri filem palinggg seram zaman 2000 yang femes dijual kat kedai VCD. Filem-filem ni selalunya tak keluar kat panggung wayang dan hanya available dalam bentuk cakera padat je. Tapi bagi korang yang kaki VCD, mesti filem-filem ni sekarang dah tersimpan kemas kat dalam peti besi rumah kan? Ke dah hilang entah ke mana. Hik hik hik…


Papepun bagi penggemar filem horror zaman 2000, ni kami nak throwback kembali filem paling femes zaman VCD bagi korang yang suka gila tengok Blok 404 dan Kem 505! 

 

1. Pernah cetus fenomena zaman dulu

sumber: cari

Mungkin tak ramai yang ingat tapi industri filem Malaysia pada awal tahun 2000 memang alami kemerosotan sikit dari segi kutipan filem yang ditayangkan kat pawagam. Time tu pulak kerajaan letak macam-macam syarat ketat kat pengarah sampaikan tak banyak filem yang dihasilkan dapat ditayangkan panggung wayang.

Tapi sorang pengarah bernama Silver Chung muncul dengan idea marvellous untuk buat filem seram dalam bentuk VCD! Bila Silver Chung dengan penulis skripnya, Lim Chen Chen berjaya buat untung, berebut-rebutlah pengarah lain pun buat filem versi VCD yang sampai cetus fenomena hebat. Sambutan yang Blok 404 dapat memang beyond expectation sampaikan ia masih diingati sampai sekarang.

 

2. Lonjak nama Boy Iman, Zamarul Hisham dan Nabila Huda

Boy Jd Field Image Listing Featured.variant
sumber: cari

Dulu siapalah kenal nama-nama besar macam Nabila Huda dengan Zamarul Hisham ni? Boy Iman? Hah lagilah orang tak kenal kan! Tapi nama-nama ni semua mula femes dan jadi rebutan pengarah bila skill lakonan dorang mula menyerlah dalam filem Blok 404 dan Kem 505.

Kedua-duanya, Zamarul dan Nabila pernah rangkul anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia dan filem Blok 404 lah filem debut pertama dorang yang jadikan dua pelakon ni hero dan heroin digemari ramai sampai sekarang. Wow!

Macam manapun, lain pulak dengan Boy Iman yang mana karier lakonan dia agak suam-suam kuku walaupun berlakon dalam banyak drama dan filem selepas tu. Dia as you all know berubah jadi businessman yang ‘berjaya’ sampailah ada music video sendiri dan berpangkat ‘datuk’ pulak tu. Lain-lain admin tak payah cerita sebab korang lebih tahu siapa Boy ni….

 

3. Rupa-rupanya ada Zon 606 dan Jamban 606!

Sebenarnya tak ramai yang tau filem Blok 404 dan Kem 505 ni ada dua sekuel lagi pada tahun 2004 dan 2005. Filem Zon 606 dan Jamban 606 (Jamban? Takde nama lain ke?) aka Hancur ni tak berapa femes sangat kalau nak dibandingkan dengan dua filem sebelum ni.

Walaupun Zon 606 dilakonkan actors yang boleh tahan meletop-letop sekarang macam Bront Palarae, Pekin Ibrahim dan Lisdawati (dulu orang panggil dia Nisdawati), filem ni kurang dapat sambutan sebab jalan cerita agak lame dan bersaing dengan banyak filem lain macam Potret Mistik, Momok dan Kelibat yang jauh lagi best daripada filem ni.

Capture 20180405 125906
sumber: youtube
Capture 20180405 125738
sumber: youtube

Dan… Jamban 606 pulak memang kita totally tak kenal siapa cast dia dan ada yang cakap filem ni parodi semata-mata. Patutlah kita tak pernah dengar dan wujud kat dalam Youtube je.

 

4. Sinopsis empat siri filem ni kalau korang dah lupa

Blok 404 (2003)

Blok404Front
sumber: blog

Dengan guna tagline seram, “Jangan cuba bernafas” (fuhh macam filem Hollywood Don’t Breath), movie ni mengisahkan sekumpulan pelajar freshie yang pindah masuk sebuah rumah sewa yang agak scary sebelum semester kat universiti bermula. Di rumah sewa tu lah dorang berkenalan sesama pelajar lain dan terlibat dalam perkara aneh and ngeri kat dalam rumah tu.

Lepas salah seorang pelajar kat situ kematian emak, sorang demi sorang pelajar mati dengan tiba-tiba. Pelajar yang duduk rumah sewa tu jadi panik dan stress sampailah dorang tak boleh berpindah and tak boleh pergi belajar serta tak boleh bernafas lagi di rumah sewa tu. Wuuu scary doh! 

 

Kem 505 (2003)

Kem505 01
maaf kualiti tak memuaskan | sumber: blog

Dibintangi oleh pelakon yang sama iaitu Zamarul Hisham, Nabila Huda dan Boy Iman, Kem 505 ni mengisahkan sekumpulan pelajar (lagi-lagi pelajar U jadi mangsa) yang pergi berkhemah kat satu kawasan hutan pada tarikh 5 Mei. Ooo patutlah nama filem ni Kem 505… Masa dorang camping dekat situ macam-macam benda dah terjadi yang berpunca daripada salah seorang kawan dorang yang psiko.

Tapi lepas tahun berganti tahun, 5 Mei muncul lagi dan sekumpulan remaja lain pulak datang kat tempat yang sama dan bercamping kat kawasan misteri tu. Macam dejavu, benda yang sama berulang lagi dan seorang demi seorang pelajar mati dengan tiba-tiba. Filem kali ni guna tagline panjang sikit iaitu, “Tiada seorang pun yang dibenarkan bernafas, maka peristiwa 404 berulang kembali.” Gitew! 

 

Zon 606 (2004)

Walaupun masih bawak tema thriller yang sama, filem kali ni tampilkan pelakon yang berbeza seperti Sein, Pekin Ibrahim, Lisdawati, Serina Redzuan, Bront Palarae dan abang Princhiqy Dinzly kita yang dulu semua kenal sebagai Iqram Dinzly. Filem ni sesuai bagi korang yang nak tengok zaman baru nak up Iqram dengan Bront. 

Movie ni mengisahkan sekumpulan pemuzik yang terkandas kat satu tempat terpencil (tempat tu nama Zon 606) dan tetiba je jadi sasaran sorang pembunuh psiko yang tak dikenali. Selain dikejar pembunuh psiko, ada jugak manusia yang jadi penganut ajaran sesat tinggal di Zon 606 tu dan jadi ancaman kepada kumpulan pemuzik muda terbabit. Zon 606 ni kalau korang nak tahu mendapat sentuhan pengarah terkenal, Osman Ali selaku penulis skrip.

 

Jamban 606 / Hancur (2005)

Tak ada poster filem | sumber: the movie db

Dengan pelakon yang totally korang tak berapa kenal kecuali Raja Azrey (kalau rajin layan VCD korang mungkin kenal lah dia), filem seram komedi ni mengisahkan Saidun, Remy dan Steven yang merupakan rakan sekampung dah berhijrah ke bandar untuk capai cita-cita jadi kaya dan popular. Saidun dapat lah capai cita-cita dia jadi pelakon, Remy pulak agen insurans dan Steven jadi broker pengurusan pengebumian Cina.

Dorang bertiga jatuh cinta dengan Siti dan menyebabkan masing-masing bergaduh sesama sendiri. Tetapi pembinaan Jamban 606 jadikan dorang semakin erat sehinggalah sesuatu berlaku masa Steven menguruskan mayat. Nak tahu lebih kenalah tengok sendiri ye! 

 

5. Boy Iman bakal terbitkan semula filem ni

Boy Iman 2
sumber: budiey

Sebab Blok 404 pernah cetuskan fenomena satu masa dulu, Boy Iman pun cadanglah untuk buat filem baru yang diadaptasi dari filem Blok 404, 15 tahun lepas. Filem ni katanya dah menjalani penggambaran sejak 8 hingga 21 Jun 2017 tapi sampai sekarang tak sure bila tarikh tayangannya. Tapi yang pasti, pelakon Blok 404 kali ni bukan calang-calang pelakon dan ada menyelitkan original cast yang pernah berlakon Blok 404 dan Kem 505 dulu.

 

6. Reaksi penonton selepas 15 tahun ditayangkan

Walaupun dah 15 tahun berlalu, filem ni masih ada yang layan sampai sekarang dan dianggap antara karya legend zaman VCD yang digemari ramai. Kalau korang tengok movie pada zaman 2000-an, mungkin filem ni dianggap paling seram lah antara filem-filem lain. Tapi lain pulak dengan zaman sekarang, filem ni dah macam tak ada effect seram dan more tu lawak pulak bila tengok lama-lama.

Ini antara komen penonton yang still tengok filem ni walaupun dah hampir dua abad berlalu:

1 1

2 2
sumber: youtube

So macam mana? Ada yang nak marathon siri horror zaman 2000-an malam ni? Cuba suggest sikit kat admin filem apa lagi yang jadi kegilaan korang masa zaman VCD ni selain Blok 404.

Seronoknya throwback filem zaman dulu-dulu! 

Baca: Siccin: 6 Fakta Filem Seram Inspirasi Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Kena Kacau 

Siccin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.