in

“Siap rampas telefon” – Hanya Kerana Tak Buat Sarapan, Suami Mengamuk ‘Attack’ & Kurung Isteri Dalam Rumah

ft kurungisteri

Gara-gara tidak menyediakan sarapan pagi untuknya, seorang lelaki mengamuk dan bertindak mengurung isterinya di dalam rumah. Menurut Awani, kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri dekat Bandar Bukit Tinggi, Klang semalam.

Ketika kejadian pada jam 7.15 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun itu berkata dia telah ditolak di kepala dan badan oleh suaminya sehingga menyebabkannya terjatuh. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner, Shamsul Amar Ramli berkata,

Selepas itu, mangsa dikunci dari dalam rumah dan telefon bimbitnya turut disimpan oleh suspek berusia 28 tahun bagi mengelak isterinya menghubungi orang lain.”

rumah3

Mangsa bagaimanapun berjaya meminta tolong jiran depan rumahnya untuk menghubungi pihak polis. Suri rumah itu kemudian dilepaskan oleh anggota polis yang datang ke rumah dan terus membawanya ke balai polis untuk membuat laporan.

Sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek di rumah sama pada jam 5.15 petang. Siasatan awal, lelaki itu mengaku terlibat dalam kes itu.”

Semakan polis turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah dan siasatan lanjut dilaporkan akan diteruskan selepas permohonan reman di Mahkamah Klang, hari ini.

Kes disiasat  mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Baca: “Apa jenis suami ni?” – Isteri Dibelasah Lepas Luah Hasrat Nak Berpantang Rumah Emak

fi pukul