in

“Siap masuk dalam beg”- Cikgu ‘Pening’ Anak Murid Bawa Kucing Pergi Sekolah

Cats 95

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak masa sekolah dulu teringin nak bawa kucing sekali pergi sekolah? Pencinta kucing sahaja yang faham perasan tak nak berpisah dengan kucing. Kalau boleh pergi mana-mana nak angkut sekali kucing tu tau.


Tapi, korang jangan terkejut sebenarnya ada tau seorang murid sekolah bawa kucing dia sekali pergi sekolah tau. Ni real bukan main-main.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Tiktok semalam oleh isfiefaraulah yang mendapat lebih 600 ribu views dengan lebih 80 ribu likes dan hampir 3 ribu share, video tersebut menunjukkan ada seekor kucing dibawa oleh murid sekolah tersebut. Siap masuk dalam beg sekolah tu.

@isfiefaraulah

Budak bawak kucing ke sekolah..cikgu pening

♬ original sound – Khairultbh – Khairultbh

 

Cikgu pun pening

Dalam video tersebut, ada seorang cikgu bawa masuk satu beg sekolah berwarna merah jambu yang dipercayai milik salah seorang murid di sekolah itu. Cikgu itu tak sangka yang di dalam beg tersebut ada seekor kucing comel berwarna putih yang siap dipakaikan dengan ‘bowtie’ berwarna merah pada leher kucing tersebut.

Yb

Cikgu yang menjumpai kucing itu bagitahu yang sebenarnya pengajarannya pada hari itu berkaitan dengan haiwan. Mesti cikgu tu pun tak sangka ada anak murid dia yang bawa haiwan betul-betul dari rumah. 

“Ya allah, pengsan cikgu tengok.”

Kucing yang berada di dalam beg sekolah itu pula kelihatan takut dan seakan-akan nak melompat keluar dari beg itu.

 

Takut kucing lemas

Sebab risau kucing lemas dalam beg sekolah, cikgu tersebut meletakkan kucing itu di dalam satu bekas tertutup dengan menyediakan sedikit ruang udara. Bukan itu sahaja, diorang siap sediakan makanan kucing untuk kucing tersebut dan mencari mangkuk lain untuk sediakan air minuman juga untuk kucing itu.

Vc

Baik betul cikgu-cikgu dekat situ.

Nasib baik la budak tu bawa kucing je, kalau rumah dia ada bela ular ke, hamster ke, melompat cikgu-cikgu dekat situ.

 

Sumber: isfiefaraulah

Baca:”Salah tempat ni dik”- [VIDEO] Kucing Bikin Suspen, Datang Nak Beranak Dekat Klinik Gigi

Capture 68

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.