Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai satu syarikat yang menyediakan servis pengendalian haiwan peliharaan yang sudah mati mengikut syariat Islam.
Menurut posting yang dimuat naik Mohamad Faeez Harith di laman Twitternya, syarikat tersebut jelas tidak tahu hukum dan ibarat ‘menunggang agama’ dengan servis yang ditawarkan.
“Harap syarikat yang buat benda ni pergilah mengaji balik dan duduk istighfar.
“Kucing bukan makhluk mukallaf nak kena dimandi kafan tahlil talqin bagai.
“Ini dua dalam satu terus, tunggang kucing sekaligus tunggang agama. Parah,” katanya.
Menurut gambar yang dimuat naik Faeez, syarikat tersebut menyediakan khidmat kafan berserta doa selain turut menyediakan memorabilia kenang-kenangan untuk simpanan pemilik haiwan peliharaan.
Tambah Faeez, syarikat yang menawarkan khidmat tersebut bukan milik orang Muslim. Namun, tidakan syarikat ini dikhuatiri dapat memperdaya Muslim yang kurang berpengetahuan sehingga mereka terjebak dengan benda karut sebegini.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bersetuju perkara ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Kucing, betul kita sayang dia mcm ahli keluarga kita sendiri. Tapi hakikatnya dia tetap haiwan. Betul, berbuat baik kepada haiwan itu dapat pahala. Tapi menjadi zalim bila meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
“Sama lah macam trend pakaikan baju melayu kat kucing masa hari raya,” kata Kiddo.
“Mereka yang ambil juga servis ni mesti terlalu kaya sampai tak tahu nak buat apa dgn duit tu,” kata Hajar.
Kredit: Twitter Mohamad Faeez Harith
Baca: Boleh Buka Pintu Sendiri, Aksi Kucing Gergasi Baka Maine Coon Curi Tumpuan