in

“Siap ada cap jari” – Peminat Berebut Nak Beli Kereta Disentuh BTS Ketika Buat ‘Show’ Atas Jalan

Page1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini penggemar BTS? Kalau tiba-tiba diorang buat show depan kereta korang, macam manalah reaksi korang agaknya, kan?


Memetik informasi dari Allkpop, Cher Calvin dikatakan berkongsikan sebuah video di mana kumpulan dari Korea Selatan itu melakukan persembahan atas jalan raya, di mana keretanya secara kebetulan berada di bahagian paling hadapan.

Klip tersebut dikatakan sebahagian daripada rakaman segmen Crosswalk Concert dari rancangan bual bicara popular di Amerika, The Late Late Show With James Corden.

Melalui segmen ini, BTS akan muncul di tengah jalan raya untuk membuat persembahan pendek ketika lampu isyarat bertukar merah. Melalui persembahan singkat itu, kumpulan tersebut dilihat menyanyikan lagu popular mereka, Butter.

Dapat ‘saguhati’ cap jari

Salah seorang insan bertuah yang berpeluang menyaksikan persembahan ini adalah Cher Calvin, seorang pembaca berita dari siaran televisyen KTLA. Tuah tidak habis di situ, bahagian hadapan kereta wanita itu juga disentuh oleh salah seorang anggota BTS, V.

Pembaca berita itu kemudiannya memuat naik gambar keretanya yang kini ‘dihiasi’ cap jari ahli kumpulan K-pop tersebut.

3 15

Sampai ada yang berebut nak beli!

Perkara ini sekaligus mendapat perhatian ramai peminat BTS dari serata dunia yang bertanya jika wanita itu mahu menjual keretanya. Ada juga komen yang mengatakan mereka tidak akan membasuh kereta jika kejadian yang sama berlaku kepada mereka.

Begitu juga di laman Instagram Cher sendiri, di mana ada komen mengatakan bahawa nilai kereta itu akan meningkat selepas ini.

Whatsapp Image 2021 11 29 At 12.49.05 Whatsapp Image 2021 11 29 At 12.47.32

BTS baru-baru ini dinobatkan sebagai artis Asia pertama yang menerima gelaran Artist of The Year di American Music Award (AMA), sekaligus menumpaskan nama-nama besar lain seperti Taylor Swift, Drake dan The Weeknd.

Sumber: Allkpop

Baca: “Sejak bila BTS jual ikan cupang”- Peniaga Di Indonesia Promosi Kedai Guna Inspirasi Dari K-Pop Idol

4 15 1

Sumber: Allkpop
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.