in

“Sejak bila BTS jual ikan cupang”- Peniaga Di Indonesia Promosi Kedai Guna Inspirasi Dari K-Pop Idol

F3 Btice

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan peminat yang ada di serata dunia, artis-artis K-Pop dari Korea Selatan sememangnya terkenal di mana-mana sahaja. Jika ada sesebuah produk atau jenama yang berkolaborasi dengan artis ni, mesti cepat je sold out.


Peniaga-peniaga di Indonesia juga tidak ketinggalan untuk mengambil inspirasi daripada artis K-Pop untuk mempromosikan kedai dan jualan mereka. Menurut Liputan 6, ada macam-macam jenis banner yang dibuat oleh peniaga-peniaga di sana yang diinspirasikan daripada K-Pop.

Antaranya ialah gerai seblak pink yang menggunakan konsep BLACKPINK. Nama pun dah hampir sama dah tu. Untuk makluman semua, seblak ialah sejenis makanan yang berasal dari Sunda, Indonesia.

Btice 3

Selain itu, ada juga kedai yang menjual ikan cupang yang meletakkan gambar Taehyung iaitu ahli kumpulan BTS. Dapat dilihat di banner tersebut turut juga tertulis ‘Toko Taehyung Ikan Cupang’. Sejak bila pulak BTS tukar profession ni? 

Btice 4

Yang ini yang paling best, sebab tuan kedai tulis ‘BLACKPINK Tidak Pernah Jajan Di Sini’ di mana saiz perkataan ‘tidak’ tu ditulis menggunakan saiz yang kecil. Jadi, dari jauh orang akan ingat kumpulan K-Pop tu pernah datang ke situ. Kreatif jugak dorang ni.

Btice 5

Malah, terdapat juga kedai yang menjual pelbagai jenis minuman yang meletakkan gambar BTS pada banner dan paling kelakar nama kedai tu BITI ICE! Kalau sebut laju-laju, bunyi BTS dengan BITI ICE tu pun dah nak sama.

Btice 2

Terdahulu, gambar-gambar banner kedai ini telah dikongsikan di Twitter menerusi akaun nocontextwarung. Rata-rata netizen juga dilihat terhibur dengan kreativiti kedai-kedai terbabit.

Memang lain macam strategi marketing dorang ni. 

Sumber: Liputan6

Baca: “Untung di Malaysia gak gitu”- Penangan BTS Meal, McDonald’s Indonesia Sesak Dengan Penghantar Makanan

Btice 1

Sumber: Liputan6
Sumber: Liputan 6
Sumber: Liputan 6
Sumber: Liputan 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.