in

“Siang dalam kereta pun tak selamat”- Wanita Kongsi Pengalaman Menakutkan Diekori Lelaki Bermotosikal

Feature 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, terlalu banyak kes-kes jenayah yang berlaku lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita. Sekarang ini, memandu kereta pada waktu siang hari pun masih tidak menjamin keselamatan seseorang.


Sama seperti yang diceritakan oleh Maryam Fatimah di Twitter, katanya dia telah diekori oleh seorang lelaki bermotosikal semasa sedang memandu sendirian di Jalan Tunku Abdul Halim, Kuala Lumpur. Weh, seramnya!

Menurut wanita ini lagi, lelaki tersebut telah memberi isyarat kepadanya tentang tayar keretanya. Namun, tayarnya tidak mempunyai apa-apa masalah. Mungkin yang ada masalah sebenarnya ialah lelaki tu. 

Walaupun Maryam telah mengabaikan tindakan lelaki tersebut, dia masih lagi diekori. Lagi mencurigakan apabila wanita ini bertindak memecut keretanya, lelaki tersebut juga buat perkara yang sama.

Dia bawak motor depan kereta i and bukak helmet bagi jatuh atas jalan. Nasib i sempat elak

Kalau tak, tak tahu la apa yang jadi. 

Bagaimanapun, nasibnya ini baik apabila lelaki tersebut berhenti mengekorinya. Moral of the story, jangan berhentikan kereta sesuka hati terutamanya jika memandu sendirian. 

Rata-rata netizen juga menasihatkan Maryam dan wanita lain yang sering memandu sendirian agar segera berhenti di balai polis yang berdekatan jika merasakan diri mereka diekori. Baru la niat penjenayah tu terbantut. 

Maryam Twitter

 

Betul tu sis, korang jangan berhentikan kereta di tempat sembarangan pulak. Pastikan korang berhenti dekat tempat yang ramai orang. 

 

Baca: Hati-hati! Diekori Lelaki Di Tempat Letak Kereta One Utama 

Parking

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.