in

Shopping Barang Bulus + Tengok Pertandingan Kucing Antarabangsa? Semua Ada Kat Ekspo Kucing 2025!

collage 13

Kalau korang pencinta kucing, cat parents ataupun sekadar nak cari port family-friendly hujung minggu, ini event yang memang korang tak boleh lepaskan!

Ekspo Kucing 2025 akan kembali untuk edisi ke-8 pada 3 hingga 5 Oktober 2025 di MITEC Kuala Lumpur!

Dikenali sebagai pameran kucing terbesar di Malaysia, acara ini dijanjikan bakal membawa pengalaman luar biasa selama tiga hari penuh dari 10 pagi hingga 9 malam. Tiket masuk pun sangat berbaloi iaitu hanya RM5, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas boleh masuk percuma.

Venue baru dengan lebih banyak booth menarik

EK2024 HigherView 39

Tahun ini, Ekspo Kucing dipindahkan ke MITEC yang jauh lebih luas berbanding lokasi sebelum ini. Ruang yang besar ni bukan saja lebih selesa untuk pengunjung, tapi juga membolehkan lebih banyak booth dan aktiviti dijalankan serentak tanpa rasa sesak. Suasananya confirm lebih meriah dan pengunjung boleh jalan-jalan dengan lebih tenang.

EK2024 ShopSales 402 scaled

Dengan lebih 300 booth yang menghimpunkan lebih 600 produk premium, korang boleh cari semua yang si bulus perlukan. Sama ada nak restock makanan, cuba supplement baru, beli mainan kucing rare atau cari grooming service, semuanya ada di bawah satu bumbung. Memang syurga shopping untuk cat parents.

Dapat cashback & hadiah

EK2024 ShopSales 504 scaled

Bukan tu je, Ekspo Kucing kali ni bukan sekadar tempat untuk membeli-belah tau. Setiap pembelian korang akan melayakkan diri untuk dapat cashback on the spot, jadi setiap sen yang dibelanjakan terasa lebih berbaloi. Lagi banyak korang shopping, lagi banyak cashback yang boleh dikumpul.

EK2024 Games 15 scaled

Selain itu, terdapat juga program Spend & Win serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Bayangkan datang semata-mata nak beli barang si bulus, tapi balik rumah bukan sahaja dapat barang berkualiti malah hadiah tambahan sekali. Shopping kat sini bukan setakat jaga hati si bulus, tapi boleh buat hati sendiri happy.

Pertandingan kucing Antarabangsa

43375200 2433039373589619 8889807645238624256 o

Antara acara yang paling ditunggu-tunggu ialah Pertandingan FIFe Antarabangsa. Pertandingan ini menghimpunkan kucing dari pelbagai negara untuk bersaing merebut gelaran “Champion Cat”. Inilah peluang korang untuk melihat baka-baka kucing yang mungkin jarang ditemui di Malaysia, siap dengan gaya dan keunikan masing-masing.

22181388 2179536595606566 247544924703582340 o

Bagi pencinta kucing tegar, pengalaman ni memang priceless. Selain dapat tengok sendiri kehebatan kucing yang bertanding, korang juga boleh belajar banyak tentang standard pertandingan antarabangsa. Bukan setakat hiburan, tapi juga peluang untuk mendalami dunia kucing pada tahap yang lebih profesional.

Seminar, Produk Baru Dan KOL

EK2024 Stage 7 scaled

Bagi yang nak tambah ilmu penjagaan kucing, pameran ini turut menyediakan seminar khas yang dikendalikan oleh pakar. Korang boleh belajar cara terbaik menjaga kesihatan si bulus, tip pemakanan yang lebih sihat serta penyelesaian kepada masalah biasa yang selalu dihadapi pemilik kucing.

Pada masa sama, ekspo ni juga jadi platform pelancaran produk terbaru. Korang boleh jadi antara yang pertama mencuba makanan, aksesori atau supplement terkini yang mungkin belum ada lagi di pasaran luas. Influencer dan KOL yang popular dalam komuniti haiwan juga akan hadir berkongsi pengalaman dan tip penjagaan kucing. Jadi selain dapat ilmu, korang boleh juga rasa lebih dekat dengan komuniti pencinta haiwan.

Mini Zoo Dan Haiwan Eksotik

EK2024 AnimalsZoo 45 scaled

Kalau datang dengan anak-anak, memang rugi kalau tak singgah ke mini zoo yang disediakan. Kat sini, korang boleh berinteraksi dengan arnab, hamster dan haiwan kecil lain yang super comel. Aktiviti ni memang sesuai untuk seisi keluarga sebab ia bukan saja menyeronokkan tapi juga mendidik anak-anak tentang kasih sayang terhadap haiwan.

DSC03908 scaled

Untuk mereka yang sukakan sesuatu yang lain daripada biasa, korang boleh ke Exotic Pet & Reptiles Village. Di sinilah peluang nak tengok haiwan eksotik dan reptilia yang jarang kita jumpa setiap hari. Dari ular hingga iguana, semua ada untuk memberikan pengalaman yang unik dan penuh keterujaan.

Zon adopsi pun ada dekat Ekspo Kucing 2025

EK2024 Brands 354 scaled

Bahagian paling menyentuh hati dalam ekspo ini ialah zon adopsi. Dekat situ, ada banyak kucing comel yang menunggu peluang untuk dapat rumah baru yang penuh dengan kasih sayang. Kalau korang pernah terfikir nak bela kucing, inilah masa terbaik untuk cari jodoh si bulus yang sesuai dengan korang.

EK2024 Cats 344 scaled

Adopt kucing bukan saja bermakna menambah ahli keluarga baru, tapi juga memberikan peluang kedua kepada haiwan yang perlukan perlindungan. Selain rasa seronok dapat kawan baru, korang juga boleh balik dengan hati yang lebih tenang kerana dah membantu seekor kucing untuk dapatkan kehidupan lebih baik.

Kemeriahan Untuk Semua

Screenshot 2025 09 23 at 1.08.23 PM

Gabungan shopping, pertandingan, seminar, mini zoo, haiwan eksotik dan zon adopsi menjadikan Ekspo Kucing 2025 ini sebagai acara yang sangat lengkap untuk semua golongan. Tak kisah sama ada korang datang seorang diri, dengan keluarga atau bersama si bulus kesayangan, pengalaman yang ditawarkan memang tak mengecewakan.

Jadi jangan lupa tandakan kalendar dan datang merasai sendiri kemeriahan Ekspo Kucing 2025.

📍 MITEC, Kuala Lumpur
📅 3 hingga 5 Oktober 2025
🕙 10:00 pagi hingga 9:00 malam
🎟️ Tiket RM5 (kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas masuk percuma)

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman rasmi: