in

Sherry Ibrahim Buat Pembedahan Plastik? Ini Jawapan Dia…

Sherry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ok siapa tak kenal Sherry Ibrahim kan? Siapa yang mengikuti gosip-gosip panas selebriti Malaysia kita mesti kenal punyalah.


Dah lama juga Sherry Ibrahim menyepi dari gosip-gosip panas ni. Maklum la artis kan mana boleh lari dari jadi mangsa kecaman dan topik bualan dari makcik bawang. Peminat ni kalau memang minat artis tu, sikit pun perubahan dekat artis kesayangan dia mesti dia nampak. Hebat tak?

Muka Sherry nampak lain di Instagram

Baru-baru ni dekat Instagram, Sherry ada memasukkan gambar terbarunya dan nampak lain. Eh yeke lain? Disebabkan tu ramai la yang mula bertanya, sebab nampak Sherry makin cantik sekarang. Sampai ada yang kata Sherry buat pembedahan plastik!

Capture 20181202 123424
Sumber: Instagram

Disebabkan ramai sangat tanya kenapa muka Sherry nampak lain sangat, Sherry telah memuat naik satu gambar di Instagram bagi menjelaskan perkara sebenar dan menjawab persoalan peminat-peminatnya yang bertanya.

Ini jawapannya…

Capture 20181202 124134
Sumber: Instagram

Ok, so maksudnya Sherry takda pun buat pembedahan plastik atau pun cucuk-cucuk ni. Memandai je korang ni tau.

Katanya “Pembedahan plastik untuk tujuan mencantikkan tu haram dan ditengah dalam Islam. Kerana ianya merubah ciptaan Allah SWT”.

“I tahu berdosa kalau sengaja buat perubahan yang Allah jadikan”

Sherry juga tahu, kalau dia buat pembedahan plasik atau cucuk dekat mana-mana part muka dia tu berdosa dan kalau sengaja buat perubahan yang Allah jadikan tu memang satu dosa.

Menurutnya lagi, dia rasa bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang dan dia mengharapkan kenyataan yang diberikan adalah jelas dan tidak ada yang mempersoalkan lagi.

Ok guys, so jangan la sibuk-sibu nak kecam orang tanpa usul periksa ye, so Sherry dah bagi jawapan, hope semua puas hati ye!

Baca: Pemuda Sanggup Jalani 30 Kali Pembedahan Plastik Supaya Kelihatan Macam Artis K-Pop

Page11 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.