Tekanan kos yang semakin dirasai peniaga kecil mendorong kerajaan mengambil langkah menurunkan kadar sewa premis perniagaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi berkaitan serta syarikat milik kerajaan termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UDA Holdings Berhad (UDA) diminta melaksanakan pengurangan sewa itu bermula bulan ini.

Langkah tersebut dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), dengan pendekatan mencontohi tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah menurunkan kadar sewaan sebelum ini.

“(Inisiatif ini bagi) meneladani langkah DBKL yang telah menurunkan kadar sewaan. Saya ingin menyeru semua pihak berkuasa tempatan, negeri-negeri untuk menurunkan kadar sewaan mulai bulan ini,” katanya.
Artikel berkaitan: Anwar Akan Bawa Isu Harga Barang Ke Kabinet, Akui Peniaga Kecil Mula Tertekan
Artikel berkaitan: “Setiap krisis beri kesan kepada pengangkutan” – Anwar Tekankan Kecekapan Sektor Pengangkutan
Tambah Anwar, pengurangan itu wajar dilaksanakan segera dan berkuat kuasa bulan ini bagi membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi peniaga dan penjaja.
Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Selangor turut memberi respon positif dan dijangka mengumumkan pengurangan sewa dalam masa terdekat.
Sumber: Buletin TV3
