in

Setanding Model Terkemuka, Nama Gadis Down Syndrom Ini Dipersada Dunia!

Down

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka bahawa kekurangan yang ada pada diri mampu jadi kelebihan yang boleh dibanggakan dan mungkin tidak mampu dimiliki oleh orang lain. Bahkan, perkara ini juga mampu menyuntik semangat buat insan yang kurang percaya atau mempunyai kekurangan pada diri mereka.

Kecantikan seorang remaja down syndrom telah dimuat naik di Twitter dan dia telah terpilih untuk menjadi model sekaligus menjayakan kempen untuk sebuah jenama fasyen mewah dan terkemuka iaitu Gucci Beauty.


3 1

1 5

Menurut sumber, Ellie Goldstein yang kini merupakan model berusia 18 tahun telah bernaung dibawah Zebedee Management. Zebedee Management adalah salah sebuah agensi yang mencungkil bakat daripada golongan yang penampilannya sering dipinggirkan oleh media.

Down Syndrom bukan penghalang!

Daya tarikan yang ada pada diri Ellie Goldstein ini membuatkan produk daripada Gucci Beauty itu mempunyai identitinya yang tersendiri.

2 1

 

Kejayaan gadis ini membuatkan agensi pemodelannya memuat naik gambar kejayaannya itu di laman Instagram milik mereka. Lebih mengagumkan, gambar Ellie Goldstein tersebut telah meraih like yang terbanyak dari kalangan pengguna laman Instagram mereka.

Jadi tidaklah perlu malu dengan setiap kekurangan yang ada pada diri sendiri. Yakin dan tunjukkan kepada orang ramai bahawa satu kekurangan itu mampu jadi kelebihan yang tidak mampu dimiliki oleh mereka.

Baca: Doktor kata takda harapan – Semasa Lahir Gadis Ini Disahkan Sindrom Down, Tapi Bila Dewasa Hebat Di Pentas Peragaan

Aas

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.