in

Sering Buat Perangai Bila Masuk Malaysia, Lelaki Ini Beri Teguran ‘Pedas’ Buat Warga Singapura

Perangai Warga Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat disangkal lagi warga Singapura sememangnya gemar membeli barang keperluan harian mereka di sini memandangkan nilai mata wang negara mereka lebih besar daripada Malaysia.

Namun, ragam segelintir warganya yang datang berbelanja di sini boleh membuatkan kita berasa kurang senang sehingga mencetuskan perbalahan.


Disebabkan itu, seorang lelaki Singapura memberi teguran kepada warganya agar mengurangkan sikap ‘berlagak’ mereka ketika berkunjung di Malaysia.

Artikel berkaitan: “Abang kerja sini ke?” – Warga Singapura Berang Lepas Kena Tegur Isi Minyak RON95

Artikel berkaitan: Kalut Malaysia Henti Eksport Ayam, Rakyat Singapura Jual Produk ‘Limited Edition’ Hingga Cecah RM3.8 Juta

Menerusi akaun TikTok @sgkakinang, dia meminta supaya warganya fikirkan perasaan rakyat Malaysia dan sensitif dengan keadaan sekeliling ketika membelanjakan wang mereka di sini terutama ketika ringgit susut.

https://www.tiktok.com/@sgkakinang/video/7296047831264120072

“Bila datang Malaysia, kita selalu cakap cheap, cheap, cheap. Boleh tak semua berhenti menjadi birdman?” katanya.

Tambahnya, dia juga menegur jika warganya sering berkata murah ketika membeli-belah di Malaysia, ini akan menyebabkan kedai-kedai di sini akan menaikkan harga mereka.

“Jangan berkelakuan begini kerana anda berbelanja di Malaysia, anda membantu ekonomi mereka,” kongsinya.

Dalam pada itu, dia menyatakan warga Singapura sepatutnya berasa bertuah kerana mempunyai kuasa berbelanja sebanyak itu disebabkan pentadbiran kerajaan mereka yang begitu baik.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.