in

“Seram sejuk juga weh”-[VIDEO] Terkejut Pinggan Kaca Pecah Sendiri, Penghuni Rumah Anggap Itu Perkara Biasa

cats 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang kena ‘kacau’ dekat rumah, lagi-lagi waktu malam? Memang seram sejuk weh. Meremang bulu roma semua.

Pengalaman yang sama turut dirasai oleh beberapa orang lelaki waktu diorang tengah berehat di rumah.


 

Pinggan kaca pecah sendiri

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh Ahmad Syazwan baru-baru ini kejadian mistik itu berlaku di rumah sewa diorang dekat Shah Alam, Selangor.

@ahmadsyazwann

Normal ke benda macam ni jadi ? #fyp #fypシ #seram

♬ original sound – Ahmad Syazwan – AhmadSyazwan

Bercerita kepada mStar, Ahmad Syazwan yang berusia 29 tahun itu menceritakan yang ini merupakan kejadian yang ketiga berlaku selepas dua kejadian yang sama pernah berlaku sebelum ini.

Pada malam kejadian, diorang tengah berehat sambil makan di ruang tamu dan secara tiba-tiba mereka terdengar bunyi kaca pecah.

“Ketika saya rakam video sedang tuang air, tiba-tiba kami dengar bunyi kaca pecah di dapur.”

99999

 

Cuba berfikiran positif

Selepas perkara yang sama berulang, mereka sudah tidak terkejut dan mengganggap perkara ini adalah perkara biasa.

“Kejadian kedua sebelum ini, ia pecah beberapa saat selepas digunakan oleh kawan saya.”

Mesra disapa Syazwan, dia tak mahu kaitkan kejadian yang berlaku sebagai perkara mistik dan cuba bersangka baik sahaja.

“Mungkin kaca tu dah expired, lama-lama akan pecah. Ditambah pula musim lockdown kami banyak duduk rumah dan guna gelas-gelas itu.”

0000

 

Jiran pun kena benda yang sama

Selepas video pinggan kaca itu pecah sudah viral, ada jiran diorang hantar mesej beritahu yang dia pun kena benda yang sama.

“Jiran saya cerita yang kakak dia pernah kena ‘tegur’ masa tengah sidai baju waktu Maghrib. Bila ditoleh, tengok tak ada sesiapa pun dekat situ.”

Makhluk halus pun makhluk yang wujud yang di dunia ni. Mungkin diorang saja nak usik je kot tu…

 

Sumber: mStar, Ahmad Syazwan

Baca:”Bau dia gampa*g hanyir”- [VIDEO] Lelaki Kongsi Kisah Mistik Kereta Ditumpang Pocong Pukul 2 Pagi

kkkkkk

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.