in

“Separuh muka & badan berlumuran darah” – Aktres Lubnan Kongsi Detik kena Bedah 6 Jam Sebab Letupan

Actress3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi letupan yang berlaku di Beirut ini sudah semestinya menggemparkan rakyat dari seluruh dunia, menerusi video tular yang dirakam daripada pelbagai sudut dapat dilihat betapa luasnya letupan itu merebak. Sudah semestinya ia telah ‘menyerang’ sesiapa sahaja yang tinggal di kawasan tersebut.


Salah seorangnya adalah pelakon Lubnan berumur 36 yang dikenali sebagai Nadine Nassib Njeim. Dia telah kongsikan detik hitam itu menerusi Instagram miliknya, lapor mStar.

 

“Mesti tak percaya macam mana masih boleh hidup”

Actress

Katanya separuh badan dan mukanya dilumuri darah, namun dia bersyukur kerana masih terselamat dan berkata apa yang dilihat netizen tidak menggambarkan situasi sebenar lokasi letupan.

“Separuh muka dan badan saya berlumuran darah. Saya bersyukur kepada Tuhan yang menyelamatkan nyawa saya. Letupan sudah dekat dan apa yang anda lihat tidak seperti yang kami hadapi di sini. Sekiranya anda datang ke rumah saya dan melihat darah di merata tempat, anda akan terkejut bagaimana kami masih hidup.”

Video berdurasi 20 saat dikongsikan Nadine memaparkan kerosakan di pangsapuri kediamannya yang terletak berhampiran kawasan pelabuhan tempat letupan berlaku. Dapat dilihat banyak darah berlumuran disitu. Korang boleh tengok videonya disini.

Malah, Nadine juga menceritakan setelah letupan berlaku, dia terpaksa turun daripada tingkat 22 pangsapurinya tanpa memakai kasut dan meminta seorang lelaki menghantarnya ke hospital menaiki kereta.

Dia menurunkan saya di hospital berdekatan, tetapi mereka enggan merawat saya kerana hospital itu sudah dipenuhi dengan orang-orang yang turut tercedera”

Disebabkan itu, Nadine terpaksa ke hospital lain dan dia kemudian terpaksa menjalani pembedahan selama 6 jam disebabkan kecederaan yang dialaminya.

“Dia menurunkan saya di hospital lain di mana mereka segera membawa saya menjalani pembedahan selama enam jam,” katanya

Setakat ini, letupan yang berlaku di Beirut itu dilaporkan telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 135 orang dan mencederakan lebih 5,000 orang. Tambah Nadine, dua anaknya tidak berada di rumah semasa letupan dan berada dalam keadaan selamat.

 

Baca : Tragedi Letupan Maut Di Beirut : 300 RIBU Orang Hilang Tempat Tinggal, 135 Kematian dan Lebih 5,000 Cedera

Lb

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.