in

Seorang Kanak-kanak Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 8 Sebuah Flat di Pelabuhan Klang

Pelabuhan Klang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun ditemui maut akibat terjatuh dari tingkat 8 sebuah bangunan flat di Pelabuhan Klang, Selangor pada pagi semalam, lapor Harian Metro.

Kejadian berkenaan berlaku di Flat Sri Perantau dan ketika ia terjadi, bapa mangsa difahamkan berada di tempat kerja manakala ibunya dipercayai pula telah keluar rumah untuk menghantar anak kedua ke kediaman pengasuh.


Mangsa dipercayai telah terjatuh ke bawah bangunan itu dari tingkap rumah.

Susulan itu, mangsa yang berusia empat tahun itu terus dikejarkan ke hospital namun kanak-kanak tersebut disahkan telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kecemasan di hospital.

kanak kanak terjatuh bangunan

Artikel Berkaitan: Tingkap Rumah Pengasuh Tidak Berjeriji, Budak 7 Tahun Ma*t Terjatuh Dari Tingkat 29 Kondominium

Artikel berkaitan: Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 11 Bangunan Kondo, Penyanyi Tamil Tempatan Dan Ibu Ditemui Maut

Menurut laporan bedah siasat, mangsa disahkan meninggal dunia kerana kecederaan pada kepala yang dialaminya kerana terjatuh dari aras bangunan yang tinggi.

terjatuh dari tempat tinggi

Oleh itu, pihak polis kini telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat kejadian tersebut di mana kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kesalahan pengabaian kanak-kanak.

Menurut seorang individu yang tinggal di bangunan flat tersebut, masih terngiang-ngiang jeritan seorang lagi individu “Anak siapa jatuh ni….” ketika mangsa ditemui terbaring di kawasan bawah bangunan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.