Beberapa jam yang lalu, pelakon dan pengarah terkenal Afdlin Shauqi memuat naik posting di Instragram miliknya meminta jasa baik peminatnya mendoakan kesejahteraan bapanya yang akan menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dalam posting tersebut, Afdlin menunjukkan keadaan bapanya yang dibawa ke bilik bedah dengan harapan ia bukan kali terakhir mereka bertemu.
https://www.instagram.com/p/CDtQf26h-bW/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Namun, hasrat Afdlin untuk bertemu bapanya selepas pembedahan tidak kesampaian apabila dikhabarkan pada sekitar jam 2:57 pagi dikhabarkan bapa beliau Aksan bin Abu Bakar telah meninggal dunia dan berita itu disampaikan sendiri oleh Afdlin di Facebook dan Instagram.
https://www.facebook.com/afdlinshauki/posts/10163883335070527:0
Dalam beberapa posting lain, Afdlin juga memanjatkan doa buat ayahandanya yang tercinta agar tenang dan bahagia di sana.
https://www.instagram.com/p/CDuJF-ABHOz/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Tidak ketinggalan beberapa artis tempatan seperti Lisa Surihani, Anuar Zain dan lain-lain selebriti juga turut mengucapkan takziah dan mendoakan kebaikan buat arwah di ruangan komen.
Walau bagaimanapun, Afdlin tidak mendedahkan penyakit yang dialami oleh bapanya dan meredhai pemergiannya.
Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar arwah sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang yang beriman.