in

“Seni mender camni?” – ‘Visual Artist’ Komen ‘Sweet Table’ Fazley Yaakob Tiada Nilai Estetik?

Untitled design 2022 06 07T171258.856

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila bercakap tentang seni, ramai orang yang mempunyai pendapat yang berbeza dan minat yang tersendiri. Apa yang cantik dekat mata kita, mungkin tak cantik dekat mata orang lain kan?

Begitulah yang terjadi kepada personaliti TV dan chef terkenal Dato’ Fazley Yaakob, apabila ‘Sweet Table’ ciptaannya mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.


DVJ3N24VAAAkH0L

Menurutnya, ‘Sweet Table’ itu merangkumi pelbagai jenis manisan termasuk eclairs, tart dan meringue. Terdapat juga manisan tempatan seperti pisang goreng, kuih keria dan aiskrim potong.

Kesemua desserts itu diletakkan di atas sebuah meja dan sebelum itu Dato’ Fazley akan membuat sedikit ‘persembahan’ ketika menyediakan ‘Sweet Table’ tersebut.

“Setiap kali saya upload video “Sweet Table” ada ramai yang pertikaikan tentang pembaziran lah, tiru budaya barat lah, tidak sopan lah, kotor lah lepastu siap tanya, kena jilat meja ke?

Namun, untuk mereka yang hadir depan mata, mereka menikmati ‘persembahan’ ini dari mulanya muzik, menyusun potongan kek, kuih, pastries, melukis abstrak menggunakan krim dan sos, menabur serpihan macarons dan gula berwarna

Hingga detik berebut manisan yang dah target dari mula dan menjilat jari kesan menggunakan tangan mengambil dessert ini semua sampai habis licin.” tulisnya. 

Bagaimanapun, video tersebut telah mengundang perhatian ramai netizen termasuk Eddie Putera yang merupakan seorang visual artist yang terkenal dengan seni miniature.

“Seni mender camni ? Bagi kat sapa sapa pun boleh main campak ,tak ada context, tak ada nilai aesthetics. kasi Budak tadika buat pun lagi appealling kot.” tulisnya dalam ruangan komen. 

Selain Eddie Putera, ramai juga netizen lain yang mempunyai pendapat lain mengenai ‘persembahan’ Dato’ Fazley itu.

dfy

Kalau min, asalkan dessert min ngap je, hehe…

Baca: “Rezeki saya, rezeki anak-anak juga” –  Chef Wan Hadiahkan RM10K Sempena Hari Jadi Serina

Untitled design 2022 06 03T160820.988

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.