in

“Sendiri salah pastu nak marah” – [VIDEO] Pemandu Tak Berhemah, Marah Orang Lain Lepas Kena Hon

Fi Kete 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari, semakin banyak kita dengar tentang kemalangan berlaku disebabkan oleh pengguna jalan raya yang tidak berhemah. Ada sesetengah kes itu, sampai meragut nyawa mangsa yang terlibat.


Kadang-kadang itu, kemalangan yang berlaku bukan berpunca dari mangsa terlibat tapi dari pengguna jalan raya yang lain. Emm sedih bila ingat kes ibu baru abis pantang dilanggar hingga maut hari itu.

 

Dah salah turun kereta, marah orang lain

Namun kisah hampir sama berlaku semalam, apabila seorang pemandu turut hampir terlibat dalam kemalangan yang berpunca dari orang lain.

Kejadian berlaku dalam anggaran jam 8.30 pagi itu melihatkan sebuah kereta jenis Proton Satria yang cuba untuk potong masuk ke lane lain dengan tak memberi signal.

Disebabkan terkejut dengan tindakan itu, mujur kenderaan di belakang sempat menekan brek dan membunyikan hon kepada pemandu tersebut.

Namun lain pula yang jadi apabila pemandu yang salah itu memberhentikan kereta di tengah jalan, dan datang ke arah pemilik kenderaan yang hon kepadanya dalam keadaan marah.

Pemandu Satria tersebut lalu mengeluarkan kata-kata yang melihatkan dia begitu berang dengan tindakan lelaki yang hon padanya itu.

Walau bagaimanapun, lelaki itu tetap menegakkan kebenaran apabila mengatakan bahawa pemandu Satria tersebut salah sebab berhentikan kereta di tengah jalan.

“Awak berhenti kereta di tengah jalan, itu sangat bahaya” katanya.

Rakaman dashcam kejadian berkenaan menjadi viral dan dimuat naik melalui akaun Instagram @careta_malaysia. Sehingga kini, video tersebu telah meraih hampir 100k views.

Hmmm min no komen lah, tapi kita jadilah pengguna jalan raya yang berhemah ya. Hati-hati bila di jalan raya semua!

Sumber : Instagram

 

Baca : “Lajuu nak kemana weh”- [VIDEO] Sedih! Wanita Baru Lepas Pantang Maut Dilanggar Di Federal Highway

Foot Kete 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.