Ternyata, tragedi kapal selam KRI Nanggala 402 memberi kesan yang besar kepada semua. Mana tidaknya apabila perkara ini turut melibatkan nyawa serta bermain dengan emosi banyak pihak.
Namun, khabar mendukacitakan diperoleh apabila Ketua Tentera Nasional Indonesia (TNI) memaklumkan bahawa kapal tersebut ditemui terbelah kepada 3 bahagian di dasar laut perairan Bali dan 53 kru kapal turut terkorban.
“Tolong jangan bagi ucapan belasungkawa”
Walau bagaimanapun, salah seorang dari balu kru kapal tersebut yang dikenali sebagai Mita Sofia beranggapan sebaliknya.
Menerusi IG story nya, dia merayu kepada semua untuk tidak memberikan ucapan takziah kepadanya. Hal ini kerana dia dan keluarga masih yakin bahawa suaminya masih hidup dan sedang berjuang untuk selamatkan diri.
Sebaliknya, dia mengharapkan segala ucapan itu ditukar kepada doa perlindungan keselamatan untuk pasangannya itu.
Setahun berkahwin
Selain itu juga, Mita dan suaminya Yoto baru sahaja berkahwin selama setahun. Ketika ini, Mita dilaporkan sedang mengandung anak pertama mereka.
Cukup perit untuk ditelan oleh isterinya. Kita sama-sama doakan supaya segala urusan dipermudahkan.
Sumber : Instagram