in

“Semua nak dilanggar” – [VIDEO] Pemandu Mabuk Rempuh Lebih 5 Kereta Dekat Taman Perumahan

Featured Image Mabuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ni, kes kemalangan yang disebabkan oleh pemandu kenderaan mabuk semakin menjadi-jadi.


Ada juga kes yang menyebabkan mangsa yang terlibat dengan kemalangan tersebut maut di tempat kejadian setelah dirempuh dengan secara tiba-tiba oleh pemandu mabuk.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai kejadian yang lebih kurang sama iaitu pemandu kereta mabuk telah memandu dengan merbahaya dengan melanggar lebih kurang 5 buah kereta di taman perumahan.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Taman Pendamar Indah 2, Pelabuhan Klang, Selangor.

Dalam video itu kelihatan pemandu mabuk tersebut memandu kereta dengan agak laju sebelum merempuh beberapa kenderaan di kawasan itu dan juga merempuh tiang lampu sehingga tumbang.

Epoaauauyaek76B
Sumber: twitter

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar juga segera pergi ke kenderaan Hilux yang di pandu oleh individu mabuk itu dipercayai untuk menangkapnya.

Kelakuannya itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana kerosakkan yang berlaku terhadap kenderaan mereka dan juga kemudahan awam.

Epobq3Auuayjwa
Sumber: twitter

 

Epoa Okueaa25Zr
Sumber: twitter

Namun begitu, tiada kecederaan fizikal terhadap orang awam yang berlaku melalui kejadian itu.

Menurut World Of Buzz, polis mengesahkan pemandu ini memandu dalam keadaan mabuk serta menggunakan alkohol daripada kadar minimum yang dibenarkan. Dia akan disiasat dibawah Akta Pengangkutan Jalan Raya atas kesalahan memandu dalam keadaan cuai dan merbahaya.

Pemandu itu juga kini sedang berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi mendapat rawatan akibat kecederaan daripada kemalangan yang berlaku.

Semoga lepasa ni dah tak ada kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk.

 

Baca: “Saya pagi saja mabuk..” – [VIDEO] Ford Ranger Rempuh 2 Motosikal Sebabkan 1 Maut & 2 Parah

Sdfguji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.