Baru-baru ini, Syed Saddiq kongsikan yang dia telah bertemu dengan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi Facebook, Syed Saddiq memberitahu bahawa perbincangannya dengan bekas perdana menteri itu adalah mengenai ekonomi rakyat dan kos sara hidup.
Macam yang korang tahu, dengan barang-barangan yang makin mahal sekarang kos sara hidup pun memang jadi tinggi. Walaupun gaji yang kita ada tak lah sikit sangat tapi sesak juga nak survive sampai hujung bulan.
Syed Saddiq mengatakan, sekarang ini seramai dua juta graduan universiti perlu bekerja dengan gaji rendah dan memilih bidang low skilled untuk menampung hidup walaupun ambil masa yang lama untuk tamatkan pengajian tinggi.
Dulu waktu ibu bapa kita bekerja – mereka boleh menyara kehidupan datuk dan nenek kita kerana kos sara hidup setimpal dengan pendapatan.
Kini, kita nak bantu menyara ibu bapa kita pun susah kerana gaji rendah, harga rumah tinggi, harga makan minum tinggi, yuran pengajian mahal, terpaksa ambil 2-3 kerja hanya untuk tampung kehidupan.”
Tak cukup dengan itu, Presiden MUDA ini juga turut menyentuh tentang harga barang seperti ayam dan minyak masak yang naik mendadak baru-baru ini.
Harga ayam naik tanpa sebarang penyelesaian. Harga minyak masak naik mendadak. Harga rumah naik tidak terkawal. Semua naik kecuali gaji rakyat Malaysia yang makin turun! This is just blatantly wrong.”
Oleh itu, Syed Saddiq menegaskan bahawa kita perlu membuat perancangan untuk masa depan dengan:
- Melabur dalam tenaga boleh diperharui dan jadiakan Malaysia Hab Hijau di ASEAN
- Melabur untuk pembuatan drone dan R&D kerana kita mempunya syarikat drone terbesar di dunia, Aerodyne.
- Melabur dalam pembuatan downstream dan bukan hanya fokus pada bahan mentah tapi produk sebenar
- Melabur untuk FinTech dan startup seperti Carsome dan lain-lain. Bantu inovator muda untuk berkembang.
Jelasnya lagi, beluau akan terus bekerja untuk rakyat dan pastikan suara rakyat didengari dan kerajaan membuat perubahan.
Saya akan terus bekerja untuk pastikan suara rakyat yang susah, lapar dan sakit ini terus didengari dan kerajaan lakukan perubahan untuk rakyat.”
Baca: “Kitaorang wanita, bukan kurang upaya” – Individu ‘Bitter’ Syed Saddiq Duduk Dalam Tren Dikecam