in

“Semua hanya lalu je” – [VIDEO] Kereta Rosak Tepi Jalan, Lelaki Tak Sangka Dibantu Warga Asing

Warga Asing Tolong Kereta Rosak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada pepatah mengatakan, masa kita dalam kesusahan baru kita tahu siapa kawan dan siapa lawan. Masa senang kita rasa macam kita ramai kawan tapi masa kita susah? Boleh kira berapa ramai je yang sanggup tolong kita.


Itulah situasi yang dialami seorang lelaki apabila keretanya rosak di tengah kesibukan lalu lintas dan telah mengganggu aliran trafik di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

@abdullahjamadi

Kereta rosak.. ??#abdullahjamadi #tiktokmalaysia #fyp #EndlessJourney

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Dalam video yang dikongsikan oleh lelaki tersebut, dia menceritakan bagaimana dia bersusah payah menolak kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya jenis Naza Ria seorang diri selama 20 minit.

Ramai yang lalu namun hanya melihat sahaja, sebelum seseorang datang memberi bantuan. Namun yang membuat lelaki ini terharu adalah, bantuan yang diterimanya itu dari warga asing

“Kereta saya rosak dekat tepi jalan, bila nak tolak kereta ni, satu orang pun tak ada nak tolong, semua hanya lalu je.”

“Korang nak tahu siapa yang tolong saya? Orang yang naik kereta buruk, orang yang susah, warga asing yang tolong saya,” katanya sambil tergelak sendiri.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi kisah dan merasa simpati untuk mereka yang mengalami nasib yang sama.

Screenshot 2022 10 05 151159 1

Selain itu, ada juga yang berkongsi kisah mereka berada dalam situasi yang sama dan akhirnya pemandu lori yang sudi membantu mengawal pergerakan trafik agar keretanya tidak dilanggar.

Screenshot 2022 10 05 151954 1

 

Kalau kita nampak orang dalam kesusahan dan perlukan pertolongan, kalau boleh kita sumbanglah pertolongan.

Baca : “Harga Myvi aku” – Netizen Terkedu Tengok Caj Harga Baiki Kereta Ryzal Durian Kimchi

Ft Baiki Range Rover Ryzal Ibrahim 728X383 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.