in

“Semua berubah…” – Fatiya Latiff Luah Perasaan, Akur Wajah Tidak Seperti Dulu

syaz ft 2025 08 08T122824.323

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dek kerana wajahnya yang semakin berubah, Fatiya Latiff sering dikecam netizen, pun begitu pelakon drama Ariana Rose itu tidak melenting sebaliknya hanya meluahkan perasaannya.

Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, menegaskan bahawa penampilan fizikal seseorang tidak akan kekal selamanya dan setiap individu berhak melalui perubahan dalam hidup.


Artikel berkaitan: “Saya ada buat rawatan” –  Fathia Tak Kisah Cakap Orang, Dakwa Faktor Usia Jadi Sebab Wajah Berubah

Artikel berkaitan: “Maaf menyusahkan..” – Fathia Latiff Mengaku Hidap Skizofrenia, Minta Maaf Pada Ibu

“Saya tahu penampilan saya telah berubah. Saya tidak sama seperti dulu dan saya telah mendengar bisikan, komen, penilaian daripada orang yang tidak tahu apa-apa tentang apa yang telah saya lalui tetapi saya tidak dilahirkan untuk kekal sama. Kita semua berubah dan saya juga” tulisnya di Threads.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Dalam masa sama, pelakon drama popular Ariana Rose itu turut menegaskan kecantikan bukan terletak pada paras rupa semata-mata sebaliknya pada kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup.

“Kecantikan bukan pada wajah yang pernah saya miliki. Ia adalah cara saya bertahan, cara saya terus berjalan apabila dunia cuba untuk menghancurkan saya. Walaupun saya tidak lagi ‘cantik’ di mata mereka, saya tetap saya,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Fatiya yang sering dikritik kerana pengambilan suntikan botok sebagai rawatan kecantikan meluahkan kesedihan tentang perubahan pada wajahnya sehingga ada yang tidak mengenalinya lagi.

Sumber: Threads

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.