in

“Semoga Membesar Sebagai Johan” – Anggap Doa Yang Comel, Abby Abadi Terharu Anak Autistik Titip Doa Buatnya di Mekah

Azalay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lalu, Abby Abadi telah selamat melahirkan bayi pramatang ketika kandungannya berusia 23 minggu.


Walaupun mengalami beberapa masalah berikutan organ dalaman yang tidak matang, bayi yang diberi nama Muhamad Danial Firman Faizal itu semakin menunjukkan perkembangan positif dibawah pemantauan doktor.

Susulan itu, perkembangan anak keempat Abby sering mendapat perhatian netizen mahupun golongan artis.

Terbaharu, Azal yang juga anak kepada pelakon Zarina Zainuddin turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan bayi berkenaan ketika berada di Mekah.

Az
Sumber: instagram

“Abby Abadi, Azal doakan semoga baby Danial cepat sihat dan membesar sebagai johan, Amin”, tulisnya menerusi Instagram.

Posting itu turut dimuatnaik Abby Abadi yang menganggap doa tersebut adalah ‘comel’.

Azalm
Sumber: instagram

“Doa dari anak syurga, Azal”

“Alhamdullillah. Syukur. Moga ALLAH makbulkan doa Azal ye agar Baby Danial cepat sihat & membesar sebagai johan comel sangat doa ni”, tulisnya.

Untuk rekod, Azal merupakan anak sulung kembar Zarina yang menghidap autistik sejak lahir.

Baca: “Saya nak kahwin, saya nak kahwin” – Anak Autism Zarina Zainuddin Nyatakan Hasrat Inginkan Berkahwin

Az 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.