in

“Semoga kamu dilaknat!” – Bapa Zayn Rayyan Tengking Polis Lepas Isteri Dijatuhkan Hukuman

ft bapa zayn rayyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar tadi bertukar kecoh apabila suami kepada Ismanira Abdul Manaf iaitu Zaim Ikhwan Zahari meninggikan suara ke arah pegawai penyiasat kes kematian anak mereka, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.

Perbuatan menengking itu dibuat sejurus sahaja mahkamah telah memerintahkan hukuman penjara serta merta di Penjara Wanita Kajang selama 5 tahun kerana mengabaikan anak autisme mereka 2 tahun lalu, terhadap isterinya.


Artikel berkaitan : Ismanira Menangis Teresak-esak Apabila Nama Adik Zayn Rayyan Disebut Peguam

Artikel berkaitan : Ibu Zayn Rayyan Dihukum Penjara Lima Tahun

“Semoga kamu dilaknat!”

Beberapa ahli keluarga terpaksa menenangkan Zaim Ikhwan sebelum membawanya keluar dari kamar mahkamah menuju ke lokasi sidang media. Suasana tegang semakin memuncak apabila ibu Zaim Ikhwan juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pegawai polis yang terlibat dalam penyiasatan kes tersebut.

573315471 1327306939437408 7523574006626812010 n

“Puaslah kau, botak!” katanya dalam nada marah sebelum beredar dari kawasan mahkamah.

Sebelum ini, Hakim Dr Syahliza Warnoh telah menolak permohonan Ismanira untuk tangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, dengan alasan bahawa tiada faktor istimewa yang membolehkan penangguhan diberikan.

573551750 1327306936104075 703473951894561300 n

Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia berhampiran anak sungai di Damansara Damai pada 6 Disember 2023.

Sumber : Instagram, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.