Isu Alif Teega yang dikatakan telah bernikah dengan isteri kedua dan curang terhadap isterinya telah menjadi topik hangat yang dibincangkan netizen sejak dari semalam.
Rata-rata netizen terutamanya golongan wanita, begitu terganggu dengan isu berkenaan sehinggakan ada yang memuat naik semula video lama daripada influencer tersebut.
Artikel berkaitan: Alif Teega Didakwa Nikah Isteri Baharu Di Thailand, 4 Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?
Artikel berkaitan: Rumah Tangga Didakwa Sedang Bergolak, Alif Teega Jawab Persoalan Netizen
Komen Aliff Teega tentang lelaki curang kembali viral?
Menerusi satu perkongsian di X, tular satu video memaparkan Alif memberi teguran berkenaan satu isu yang melibatkan seorang isteri yang menjaga aib suaminya yang telah curang selama 13 tahun.
Menurut Alif, dia tidak faham mengapa masih ada di kalangan suami yang bersikap sedemikian dan menasihatkan agar golongan lelaki ini untuk berpisah secara baik jika sudah tiada hati dengan isteri mereka.
💯✅
📹 : alifteega https://t.co/Q4sdV8y8aq pic.twitter.com/mOlaOOVVzC
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) November 26, 2023
Abang jamil, abang jamil. Tak paham kan? Kenapa masih ada lagi perangai-perangai macam ni.
“Tak cukup ke? Kalau betul-betul dah tak suka, dah tak ada hati, bincang elok-elok untuk berpisah. Janganlah buat dia sakit hati, biar dia tergantung sepi. Nasihatlah untuk semua dan diri sendiri,” kata Alif Teega.
Dia juga meminta para suami untuk menghargai isteri masing-masing kerana wanita sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan hati lelaki yang dicintainya.
Video Alif itu juga dimuat naik sebagai ‘balasan’ kepada posting video Aisyah Hijanah yang sedang tular berkenaan tegurannya kepada golongan lelaki dan perempuan untuk menjaga batas dengan orang lain agar tidak terlalu rapat hingga mengganggu gugat perkahwinan masing-masing.
“Sembang bab* pun boleh terbang”
Perkongsian itu telah mendapat pelbagai sindiran daripada netizen yang menganggap Alif sebagai cakap tak serupa bikin.
Malah ada juga yang menegur agar kita tidak bercakap mengenai hal orang lain kerana takut perkara itu akan berbalik kepada diri sendiri.
Kita doa yang baik-baik sajalah untuk mereka semua ya.
Sumber: X