Seorang remaja wanita berusia 17 dilaporkan meninggal dunia selepas dipukul oleh ahli keluarga sendiri, gara-gara kerana memakai seluar jeans.
Kejadian dilaporkan berlaku di Uttar Pradesh, India pada 19 Julai lepas.
Hanya sebab pakai seluar jeans
Jelas ibu mangsa, mangsa yang dikenali sebagai Nehas Paswan sedang berpuasa dan memakai seluar jeans apabila dia mahu melakukan pemujaan. Namun, dia telah ditegur oleh datuknya berkenaan pemakaian seluar jeans itu.
Nehas dan datuknya bertengkar, lalu dia dipukul oleh lelaki itu dan dua bapa saudaranya.

Dipukul dengan kayu & dicampak dari jambatan
Nehas dilaporkan telah dipukul dengan menggunakan kayu oleh datuk dan dua bapa saudaranya. Menurut sumber, kejadian menyayat hati ini berlaku di rumah mangsa di daerah Deoria.
Lapor sumber, Nehas tidak menyedarkan diri selepas dipukul, ahli keluarga yang terlibat kemudiannya membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, selepas mendapati mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan, mereka mencampak mayat mangsa dari sebuah jambatan ke dalam sungai.
Menurut sumber, mayat mangsa tersangkut di jambatan ketika dicampak. Rakaman video mangsa yang tergantung di jambatan tersebar luas di media sosial, membuatkan isu ini mendapat perhatian media tempatan di sana.
Datuk Nehas telah ditangkap pihak berkuasa, manakala dua bapa saudaranya telah berjaya melarikan diri.
Kredit: BBC
BACA: Lelaki Dari India Menghidap Penyakit Misteri, Mampu Tidur 300 Hari Setahun