in

Lelaki Dari India Menghidap Penyakit Misteri, Mampu Tidur 300 Hari Setahun

Cover 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang dewasa yang sihat memerlukan 7 sehingga 9 jam tidur pada setiap malam. Namun, lain pula buat seorang lelaki dari India ini yang tidur selama 20 hingga 25 hari sebulan, atau 300 hari setahun.


Purkharam, 42, seorang lelaki yang menetap di Nagaur, India dilaporkan menghidap penyakit Axis Hypersomnia yang membuatkan dia sering tidur pada setiap masa.

1 6

Menurut sumber, lelaki ini mula menghidap penyakit Axis Hypersomnia pada 23 tahun lalu, dan semenjak itu hidupnya telah berubah.

Dilaporkan, dia hanya mampu untuk membuka kedainya lima hari dalam sebulan gara-gara penyakit yang dihidapi. Malah, keluarga Purkharam perlu memandikan dan memberi makan kepada dirinya ketika dia sedang tidur.

Axis Hypersomnia adalah penyakit kronik neurologi yang menyebabkan seseorang itu mengantuk pada waktu siang dan mampu tidur dalam masa yang panjang, iaitu lebih dari 9-10 jam dalam tempoh 24 jam.

2 5

Purkharam berkata, meskipun dia mendapat rawatan dan tidur yang berlebihan, tubuhnya sering berasa letih dan produktiviti hidupnya terganggu. Dia juga sering berasa sakit kepala yang teruk akibat daripada penyakit ini.

Isteri Purkharam, Lichmi Devi dan ibunya, Kanvari Devi sentiasa berharap agar penyakit ini dapat dipulihkan dan dia mampu hidup seperti manusia normal.

 

Kredit: Indian Express

BACA: Pelajar Meninggal Dunia, Didakwa Stres Banyak ‘Assignment’ &’ Tak Cukup Tidur?

Cover 14

Sumber: India Times
Sumber: India Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.