Kes wabak Covid-19 telah mengingatkan kita kepada wabak-wabak yang pernah melanda negara kita seperti virus nipah dan selesema burung. Takut sangat masa wabak tu berlaku.
Kali ini, admin nak kongsikan sejarah wabak H1N1 yang pernah meragut nyawa puluhan rakyat Malaysia pada tahun 2009. Menurut perkongsian @PopPelangi ini di Twitter baru-baru ini, H1N1 telah bermula dari Mexico.
SEJARAH WABAK H1N1
Wabak H1N1 merebak dari tahun 2009 dan 2010 bermula di Veracruz, Mexico.
Wabak ini dikatakan berasal dari virus selsema burung yang bermutasi dengan virus selsema babi sebelum menjangkiti manusia, dengan Mexico dan Amerika Syarikat dilanda paling teruk. pic.twitter.com/69PLsTFWI2
— El #PalestineWillBeFree ?? ?? (@ErenaTakeuchi) March 21, 2020
Bermula dari virus selesema burung yang bermutasi dengan virus selesema babi
Difahamkan, kedua-dua virus yang berasal dari dua jenis haiwan ini telah menjangkiti manusia pada tahun 2009 dan 2010.
Virus selesema burung tersebut telah menular ke selatan setelah burung berhijrah ke kawasan tersebut pada bulan Januari berikutan musim sejuk. Virus ini kemudiannya bermutasi dengan virus selesema babi yang pada ketika itu virus baru.
Burung yang terbabit pula telah menjangkiti ladang babi yang terletak di Veracruz, Mexico.
Virus ini mula merebak ke negeri lain di Mexico dan akhirnya ke Texas pada April tahun 2009.
Sepanyol juga dijangkiti wabak ini disebabkan negara tersebut mengimport daging dari Mexico.
Mula merebak ke Malaysia
Melalui Singapura pula, ia mula merebak ke negara-negara ASEAN lain termasuklah Malaysia pada bulan Jun. Sekolah SRK Assunta 1 Petaling Jaya dikatakan menjadi tempat pertama wabak ini dikesan. Ini menyebabkan sekolah tersebut terpaksa ditutup selama seminggu.
Sekolah lain seperti SMK Seksyen 9 Shah Alam dan SMK Damansara Utama juga terpaksa ditutup.
Kerajaan juga telah mengkuarantinkan pelancong yang datang dari Texas, Mexico dan California pada ketika itu.
Menurut perkongsian wanita ini lagi, H1N1 ini telah meragut lebih kurang 76 nyawa rakyat Malaysia manakala sebanyak 2,253 kes positif selesema ini telah dicatatkan.
Sebanyak 575 ribu kes kematian telah dilaporkan di seluruh dunia manakala 700 juta kes jangkitan dicatatkan.
Diharapkan kita dapat menangani wabak Covid-19 dengan jayanya seperti mana kita berjaya menghadapi H1N1 beberapa tahun lepas.
Baca: Wabak Black Death: Virus Dari China Yang Pernah Bunuh 200 Juta Orang Pada Kurun Ke 13