in

“Selesaikan dulu mereka yang dah berdaftar” – Lepas Ini Boleh ‘Walk In’ Ambil Vaksin Di PPV

Vaksin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas ini, mereka yang tidak berdaftar untuk temujanji vaksinansi boleh teruk walk in ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.


Namun begitu, kaedah ini akan mula dilaksanakan sejurus sahaja semua golongan yang sah mendaftar janji temu selesai.

Menerusi Berita Harian, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya menjangkakan proses suntikan vaksin dapat diselesaikan akhir tahun ini atau lebih awal.

 

Kita akan melaksanakan ‘walk-in’ tetapi biarlah saya selesaikan dahulu mereka yang berdaftar, namun belum menerima janji temu vaksinasi,” katanya kepada Astro Awani.

61623849834 Tokbatinkampungor 1

Beliau juga turut merujuk kepada beberapa negara lain yang mula menawarkan vaksinasi secara walk in ini setelah selesai memberi vaksin kepada individu yang menunjukkan minat dan berdaftar.

Tambah beliau, penghantaran bekalan vaksin ke PPV juga mungkin berdepan masalah sekiranya pemberian vaksin dibuka secara free for all dalam situasi sekarang kerana dijangka akan mewujudkan kesesakan.

“Kita pun tidak tahu bagaimana untuk mengagihkan vaksin ke PPV sekiranya kita buka secara ‘free for all’ kerana akan berlaku kesesakan,” jelasnya.

Katanya lagi setakat ini, seramai 13.8 juta orang telah mendaftar untuk menerima vaksin melalui PICK, dengan 3.4 juta telah menerima dos pertama suntikan vaksin.

 

Baca : “Gabungan dua vaksin terbukti lebih efektif, mungkin digunakan di Malaysia” – KJ

Vaksin Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.