in

Selepas Kumpulan Nama, Kini ‘Manusia Kalkulator’ Dari Malaysia Buat Juri Asia’s Got Talent Ternganga!

Feat 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terpilih ke pentas Asia’s Got Talent pun sudah satu pencapaian yang membanggakan apatah lagi bila berjaya memukau pihak juri.


Iyalah rasanya korang dah sedia maklum yang bukan senang nak melepasi peringkat seterusnya di Asia’s Got Talent ni, melainkan mereka yang betul-betul berjaya menampilkan bakat luar biasa di hadapan juri dan penonton..betul! admin pernah try..ecehhh

Manusia kalkulator dari Malaysia!

Kalau sebelum ini Kumpulan Nama dari Malaysia berjaya memukau juri dan penonton dengan persembahan Acapella mereka kali ini tampil remaja berusia 15 tahun, Yaashwin Sarawanan atau digelar ‘Manusia Kalkulator’.

1 11

Mesti korang fikir kan hebat sangat ke budak ni sampai dipanggil manusia kalkulator? Atau macam-macam lagi andaian yang bermain di benak fikiran korang..korang tak membawang tak sah eh! Haha

Biar admin terangkan, Yaashwin yang berasal dari Kuala Lumpur ni berjaya membuatkan juri ternganga lepas dia menunjukkan kehebatannya mengira tanpa menggunakan kalkulator ataupun sebarang alatan mengira lain.

Bagi apa sahaja permasalahan matematik, pasti dijawab dengan tepat dan cepat

Malah dia siap suruh salah seorang juri, David Foster untuk mengira bersamanya dengan menggunakan kalkulator dan dia hanya mencongak..yang ni memang power!

Apa lagi tercengang lah juri dan penonton lepas semua dia berjaya menjawab semua permasalahan matematik dengan tepat dan tanpa menggunakan sebarang alat mengira. Soalan tambah, tolak, darab dan bahagi diselesaikan dengan mudah walaupun jawapannya memerlukan titik perpuluhan yang banyak.

Goodluck untuk Yaashwin semoga berjaya harumkan nama Malaysia! We support you Yaash Go go go!

Baca : 4 Gadis Bertudung Cipta Nama Di Asias Got Talent, Ternganga Penonton Juri Dengar Nyanyian Mereka!

Asia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.