in

Selangor, KL, Perak & 6 Negeri Ini Bakal Dilanda Ribut Petir, Dijangka Berlarutan Sehingga Hujung Disember

Ribut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini telah mengeluarkan amaran kepada seluruh penduduk di negeri-negeri pantai barat Semenanjung iaitu Perak, Selangor, Wilayahh Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka & Johor serta barat Sabah dan barat Sarawak akan mengalami kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang.

Ia dijangka berlaku pada waktu petang dan awal malam bermula sekarang hingga hujung Disember 2020. Menurut sumber, ia disebabkan oleh faktor penumpuan angin dari arah timur dan barat serta kelembapan udara yang tinggi di seluruh negara yang menggalakkan pembentukan awan ribut petir.


Enfwywqveaap3Ak

Keadaan ini berpotensi menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di kawasan-kawasan yang rendah dan kerosakan keatas struktur-struktur yang tidak kukuh.

Jadi orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman web rasmi mereka.

 

Baca : [TERKINI] PKPB Dilaksana Di Semua Negeri Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang Dan Kelantan

Pppp

 

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.