in

Selangor Benarkan Akad Nikah Mulai 1 Julai, Syaratnya…

Cats 96

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik buat pasangan yang mahu bernikah di negeri Selangor apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan kebenaran bagi pasangan di negeri berkenaan untuk menjalankan majlis akad nikah bermula 1 Julai 2021.

Majlis Akad Nikah 1024X1024

Menurut satu posting di halaman Facebook rasmi jabatan tersebut, kebenaran perlaksanaan majlis akad nikah ini akan dilaksanakan dengan beberapa syarat dan ketetapan SOP terkini iaitu :


  1. Perlaksanaan dengan kehadiran fizikal pihak-pihak di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja dari hari Isnin sehingga Ahad.
  2. Telah mendapat tarikh temujanji bagi majlis akad nikah daripada JAIS dan PAID.
  3. Kehadiran terhad kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. Individu lain tidak dibenarkan hadir, termasuk Jurugambar.
  4. Telah mendapat Kebenaran Berkahwin di bawah Seksyen 17 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum 1 Jun 2021 & Keputusan Ujian saringan HIV lelaki serta perempuan masih sah.
  5. Pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali WAJIB menjalani ujian RT-PCR COVID19 dalam tempoh 72 jam (3 hari) dari waktu perlaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan kepada Pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.
  6. Pihak-pihak terlibat WAJIB mematuhi ketetapan semasa MKN, KKM dan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan.
  7. Jika terdapat mana-mana perlanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk atau Pentadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan majlis akad nikah.
  8. Tindakan tegas sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi peraturan semasa yang ditetapkan.

Alhamdulillah, Terbaik! 

Menjengah ke ruangan komen, pastinya ramai yang bersyukur dan gembira atas berita ini. Mana tidaknya, ramai telah mendapat tarikh dan ada juga yang sedang menantikan tarikh janji temu baharu untuk melengkapkan dokumentasi dengan jabatan berkenaan.

Fb Jais

Selain dari itu, disebabkan tiada sebarang penjelasan lanjut mengenai SOP yang dikeluarkan bersama kebenaran berkenaan, ada antara pengguna turut bertanya soalan tentang perkara-perkara lain seperti kursus perkahwinan, kes yang dah dapat tarikh dan sebagainya…

Fb Jais 2

Untuk makluman, kesemua Pejabat Agama Daerah (PAID) dan JAIS telah ditutup dan telah menangguhkan majlis akad nikah di Selangor bermulanya PKP Penuh awal bulan ini.

Sumber : Facebook JAIS

Baca :JAIS Tangguh Majlis Akad Nikah di Selangor Mulai 1 Jun Hingga 30 Jun 2021

NikahSOP

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.