in

Selangor Bakal Jadi Negeri Pertama Perkenalkan Program Tuala Wanita Percuma

Selangor Tuala Wanita Percuma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat pengetahuan semua, kemiskinan haid merujuk kepada satu situasi apabila golongan perempuan atau keluarga tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan kekangan kewangan.

Menurut laporan SelangorKini, bagi mengekang permasalahan ini, Selangor bakal memperkenal program pemberian tuala wanita percuma.


ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata langkah ini dapat membantu menangani stigma mengenai isu sosial tersebut, beliau juga memberitahu isu tersebut jarang dibincangkan kerana rasa malu dan stigma masyarakat yang menganggap ia pantang larang.

“Antara golongan berisiko menghadapi situasi seperti ini adalah wanita di luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar. Manakala bagi pelajar perempuan pula ketiadaan tuala wanita boleh membatas pergerakan dan aktiviti di sekolah.

Masalah ini sekali gus mengganggu pembelajaran dan akhirnya pelajar memilih untuk tidak hadir ke sekolah dan ini merupakan salah satu faktor berlakunya keciciran pembelajaran.” katanya.

Difahamkan, beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Belanjawan 2023 di Dewan Negeri Selangor.

Selain itu, beliau turut berkata bahawa beberapa negara luar turut melaksanakan program tersebut antaranya Korea Selatan yang menawarkan tuala wanita percuma sejak 2018 di seluruh tempat awam diikuti Scotland pada 2020.

Baca: Scotland Jadi Negara Pertama Tawarkan Barangan Haid Secara Percuma

Scotland Period Free

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.