in

Selangor Akan Dapat MB Baru Lepas Raya

Selangor Will Get A New Mb After Hari Raya Aidilfitri World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal minggu ini, Datuk Seri Azmin Ali telah disahkan bakal melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor setelah beliau dilantik menjadi Menteri Ekonomi dalam kabinet baru Pakatan Harapan.


Yang jadi persoalannya sekarang, siapa pulak yang akan dilantik bagi menggantikan Azmin Ali? Rakyat Selangor tak sabar-sabar dah ni. 

Ddxebonu8Aag Uk
sumber: twitter

Menurut FMT, Azmin Ali bakal mengadakan mesyuarat dengan Pakatan Harapan (PH) Selangor pada minggu depan untuk memilih calon MB dan menghantar nama tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Apabila kita sudah bincang dan sudah ada keputusan, baru kita akan kemuka nama untuk perkenan Tuanku.

“Mungkin serahan nama akan dilakukan selepas Aidilfitri. Bila nama sudah diperkenan, majlis angkat sumpah jawatan akan dilaksanakan secepat mungkin,” jelas Azmin.

Selangor Will Get A New Mb After Hari Raya Aidilfitri World Of Buzz 2
sumber: wob

Pun begitu, ura-ura yang mengatakan terdapat 3 nama Adun yang telah disenarai pendek adalah tak betul. Azmin jugak masih dalam perbincangan sama ada akan kekal memberi jawatan MB kepada ADUN PKR ataupun tidak.

Buat masa ini, Azmin Ali akan menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa sebagai MB Selangor untuk memastikan peralihan kuasa dan tanggungjawab dilakukan dengan baik kepada penggantinya nanti.

Hmm siapa agaknya ye akan gantikan saudara Azmin Ali kita ni? Tak sabar-sabar pulak admin rasanya. Korang rasa siapa? Kongsikan dengan kami di ruang komen. 

Baca: Pengganti MB Selangor Perlu Macam Azmin Ali 

Azmin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.