in

“Selamat pulang Kak Ana!”- [VIDEO] Keluarga Berat Hati Lepaskan Pembantu Rumah Balik Ke Kampung Buat Ramai Sedih

Fi Kak Ana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan antara pekerja dengan majikan seharusnya dalam keadaan baik walau apa bidang pekerjaan sekali pun. Baru lah kita tak dengar berita-berita majikan dianiaya pekerja lah, pekerja songlap duit majikan dan lain-lain lagi lah. Nauzubillah…


Antara bidang kerja yang sangat memerlukan hubungan baik bukan sahaja dengan majikan, malah dengan keluarganya ialah pekerjaan seperti pembantu rumah. Kalau dah baik dengan majikan dan keluarganya, mesti mudah je urusan pekerjaan itu nanti. Ada yang sampai bila tiba masa kontrak dah habis pun keluarga berat hati nak lepaskan.

Tular di laman TikTok sehingga buat ramai penonton turut sedih dengan pemergian pembantu rumah keluarga ini yang akhirnya pulang ke kampung halaman.

Melalui video berdurasi 30 saat milik Aiman Ashraf ini, pembantu rumah keluarganya yang mesra dipanggil sebagai Kak Ana ini akhirnya pulang ke kampung halamannya yang dipercayai di Indonesia.

Setelah 16 tahun berkhidmat dalam keluarganya, Kak Ana itu telah mereka anggap seperti ibu mereka sendiri. Jika dilihat melalui video tersebut, semuanya kelihatan berat hati dan sedih untuk melepaskan Kak Ana pulang.

Bukan keluarga ini sahaja yang sedih, di ruangan komen ramai juga yang turut bersedih melihat keakraban mereka sekeluarga dengan Kak Ana ini. Ada juga yang memuji layanan baik keluarga ini dengan pekerjanya.

Komen Kak Ana

Hubungan akrab yang macam ni lah sepatutnya kita contohi. Layanan yang baik sesama insan tanpa mengira siapa pun dia. Semoga ikatan keluarga ini dengan Kak Ana akan terus terjalin walaupun dah jauh terpisah antara dua negara. Bila ada masa datang lah melawat Kak Ana pula!

Baca: [VIDEO] Majikan Malaysia Ni Viral, Siap Masuk TV Filipina Sebab Layan Bibik Pinoy Macam Keluarga Sendiri

Baca Bibik

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.