Ucapan selamat hari lahir oleh Ahli Parlimen Muar kepada selebriti, Bella Astillah di platform Threads pada hari ini telah mencuri tumpuan ramai pengguna media sosial khususnya peminat kedua-dua mereka.
Menerusi Threads dan Facebook, YB Syed Saddiq telah memuat naik foto bersama Bella dan anak-anak Bella beserta kapsyen ucapan hari lahir buat selebriti yang berusia 31 tahun itu.

Artikel Berkaitan: “Postcard? Kad Kahwin?” – Syed Saddiq Dilihat Edar ‘Envelope’ Putih Di Parlimen?
Artikel berkaitan: Berjaya Habiskan Ironman Dalam Masa Kurang 13 Jam, Syed Saddiq Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Kebajikan Rakyat Muar
Syed Saddiq turut dilihat memberikan jambangan bunga buat Bella dan anak-anak Bella juga dilihat sangat rapat dengan Ahli Parlimen Muar itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat cair dengan ucapan Syed Saddiq buat Bella dan tidak kurang juga peminat yang turut mengucapkan selamat hari lahir buat penyanyi dan pelakon ini yang jatuh pada tarikh 15 Mac.
Peminat juga turut meninggalkan komen mendoakan yang terbaik buat Syed Saddiq dan Bella.
Sumber: Threads Syed Saddiq
