in

“Selamat berehat Grumpy” – Bintang Meme Media Sosial, Grumpy Cat Dah Pergi Tinggalkan Jutaan Peminatnya!

Untitled Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Grumpy Cat, seekor kucing yang terkenal dengan mimik muka ‘pembengisnya’ sejak 2012 — sehingga diangkat sebagai kucing selebriti selain menjadi bintang meme dan legenda internet.


Tataplah wajah yang berjaya memenangi hati jutaan pencinta kucing seluruh dunia itu selama yang anda boleh, kenanglah kembali saat-saat kita tertawa hanya kerana merenung wajahnya yang lucu itu — kerana pada bulan mulia ini Grumpy telah pergi meninggalkan kita semua selama-lamanya.

Grumpy 4

Kematian Grumpy atau nama sebenarnya Tardar Sauce itu diumumkan pemiliknya — Tabatha Bundesen menerusi laman Twitter @RealGrumpyCat.

Kenyataan sedih itu menyebut, meskipun Grumpy diberi rawatan dan penjagaan daripada pakar perubatan profesional — namun komplikasi jangkitan kuman pada saluran kencingnya itu tetap meragut nyawa kucing kesayangan ramai itu.

Tabatha berkata, Grumpy menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan tenang di pangkuannya pada pagi Selasa lalu pada usia 7 tahun.

Dek kerana popularitinya itu juga, pemergian Grumpy mendapat liputan dan perhatian meluas daripada pengguna media sosial dan agensi berita antarabangsa.

Twigrump 1

Twigrump 2

Kalau harimau mati meninggalkan belang, Grumpy pula pergi meninggalkan meme-meme melucukan beliau — untuk menghiburkan hati kita.

Twigrump 4

 

Meme2

Twigrump 6

Meme4

Meme1

 

Baca: “Setan mana yang terlepas daripada kena rantai ni!” – Bukan Takat Kucing Sendiri, Kucing Jiran Pun Ada Yang Racun?

Featured 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.