in

“Selalu orang minta sign je” – Netizen Seronok ZeemAhmad Dapat Jumpa Neymar, Siap Bagi Hadiah Lagi

3Neymar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain bola sepak freestyle tempatan, Zeem Ahmad telah terpilih untuk menyertai sebahagian daripada pasukan futsal sosial bintang bola sepak Brazil, Neymar Jr. baru-baru ini. Zeem Ahmad dipilih sendiri oleh Neymar bersama beberapa pemain futsal yang lain dari seluruh dunia.


Menerusi ciapan Zeem Ahmad di akaun Twitternya, beliau amat teruja bertemu Neymar. Dalam pertemuannya bersama pemain Brazil itu, Zeem sempat memberikan sebuah hadiah kepada Neymar. Korang boleh tengok video @zeemahmadfs bertemu Neymar kat bawah ni.

 

Selalu orang minta sign je

Teruja dengan pencapaian Zeem Ahmad sehingga dikenali Neymar, netizen turut tumpang bangga dan berasa seronok.

Screenshot 2022 05 28 At 12.18.23 PmYe, bukan biasa-biasa. Min ada tengok video beberapa minggu sebelum ni, memang Neymar sendiri yang pilih pemain yang boleh main dengan dia dari seluruh dunia. Zeem pun terpilih, sebab tu dapat jumpa dan main dengan Neymar.

Screenshot 2022 05 28 At 12.18.59 PmKalau tengok balik, sebenarnya bukan Zeem yang salam Neymar, tapi Neymar yang hulur tangan dulu untuk salam dengan Zeem. Memang level lain ni bila star yang hulur nak salam.

Screenshot 2022 05 28 At 12.18.51 PmMin pun seronok tengok Zeem dapat jumpa dengan Neymar sendiri. Bangga tu tak payah cakap lah, kita pun tumpang sekali. 

Zeem Ahmad juga ada berkongsi gambar beliau bersama pemain-pemain yang turut terpilih dari seluruh dunia untuk bermain bersama Neymar.

Screenshot 2022 05 28 At 12.18.04 Pm

 

Baca: “Auto bersemangat” – [VIDEO] Isteri Berdiri Tepi Court, Suami Terus Tunjuk Skil Hebat Main Futsal

Screenshot 2022 05 28 At 12.24.48 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.