in

“Auto bersemangat” – [VIDEO] Isteri Berdiri Tepi Court, Suami Terus Tunjuk ‘Skil Hebat’ Main Futsal

Suami Tunjuk Skill Futsal Power

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah lama tidak dibenarkan beroperasi, kini gelanggang sukan indoor seperti badminton dan futsal kembali dibuka selari dengan perkembangan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara.


Bila dah lama tak ‘turun padang’ ni, biasanya akan adalah kejadian-kejadian ‘pelik’ yang sering berlaku sebelum, semasa atau selepas sesi bersukan tersebut.

Seperti yang dikongsikan oleh akaun TikTok @syara_dudu ini, difahamkan video tersebut dikongsikan sewaktu dia menemani suaminya bermain futsal dan rata-rata pemain futsal atau mana-mana sukan pun biasanya akan mempunyai ‘semangat’ luar biasa apabila ada yang menonton di luar gelanggang.

Tiktok Suami Futsal Viral

Sama seperti video yang dikongsikan, suami Syara secara berseloroh telah menunjukkan ‘skill’ yang berjaya mengelirukan bukan sahaja pihak lawan, tetapi turut mengelirukan para penonton!

“Skil pusingan tanpa bayang”

@syara_duduHahaha semangat lain macam main futsal bila isteri bagi sokongan ? @shahroldahlan ##fyp ##fypシ ##susukambingdudu♬ original sound – Syara Dudu Medilemon

Mana tidaknya, kalau nak diikutkan, kelihatan suami pemilik akaun tersebut telah berpusing-pusing keliling bola sebelum menghantar bola tersebut kepada rakan sepasukannya untuk lakukan serangan.

Memasuki ruangan komen, ramai dilihat bersetuju dengan ‘isu’ yang dibawakan iaitu pemain futsal ni selalunya akan jadi auto bersemangat bila ada penonton, lebih-lebih lagi yang ada diluar gelanggang itu adalah pasangan kepada pemain.

Komen Tiktok Futsal

Selain itu, ramai juga yang memberikan alasan kononnya untuk mengelakkan ‘perkara pelik’ sebegini berlaku dalam gelanggang, mereka jarang mengajak pasangan masing-masing untuk menonton permainan mereka.

Hurm, min pun setuju jugak sebenarnya dengan video ni, tak percaya korang pegi la tengok sendiri dekat court futsal yang dekat dengan korang…

Baca : Ini Antara Kelonggaran SOP Untuk Lembah Klang & Melaka Yang Akan Beralih Ke Fasa 3 PPN Mulai Esok

Collage 60

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.