Selepas sebuah video pendek nampak punggung Safiey Ilias diupload di Instagram, ramai yang mengucap panjang dan meminta supaya pihak berkaitan mengambil tindakan.
Ye lah, sebab ramai yang tau, usahawan berjaya ini sebenarnya merupakan seorang lelaki. Sedangkan dia sendiri pun mengaku dan pernah satu ketika dahulu kembali kepada fitrah asal. Namun entah di mana silapnya, dia kembali menjadi perempuan tanpa segan.
Hal ini turut mendapat perhatian PU Amin yang telah membuat video bagi menyampaikan rasa tak puas hatinya kepada golongan seperti ini yang sudah terang-terangan melakukan kemungkaran.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=62&v=z8sslPgg9b0
Di dalam video yang sama, Amin turut meminta orang ramai supaya memboikot produk yang dijual Safiey selagi dia masih tidak bertaubat dan kembali menjadi lelaki semula.
Tapi nampaknya video tersebut tidak diterima baik oleh pihak Safiey Ilias dan pengurus Safiey sendiri dah personally berhubung dengan Amin. Dia mengatakan apa yang dilakukan Amin tu sebagai status yang berbaur kebencian dan sindiran serta telah mengganggu syarikat mereka.
PU Amin juga turut memberikan penjelasan yang niatnya hanyalah untuk menegur memandangkan perbuatan Safiey mengundang fitnah dan cemuhan netizen.
Walau bagaimanapun, penjelasan itu juga tidak diterima baik oleh pengurus Safiey yang mengatakan niat Amin menegur sudah terpesong kerana menggunakan media bagi tujuan mendapatkan populariti.
Dia juga turut meminta supaya Amin mendelete video berkenaan dan memberikan amaran.
Selagi tak delete, merangkaklah kau di akhirat nanti. Tidak akan aku maafkan.”
Perbualan ini telah dikongsi oleh Amin sendiri di Facebook miliknya dan menjelaskan dia menegur kerana pedulikan mereka dan mengatakan sekiranya teguran tersebut tidak diterima, ianya tak mengapa.
Orang ramai yang melihat ini turut memberi respon mereka dengan mengatakan tindakan Amin tidak salah dan mereka akan terus menyokongnya.
Hmm.. Kalau dah tegur, tak nak terima nak buat macam mana…