in

“Selagi ia tidak bertentangan dengan SOP” – Kedai Cermin Mata & Taman Rekreasi di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Beroperasi Semula

Riadah2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun PKP sedang dilaksanakan, taman awam dan rekreasi di Wilayah Persekutuan dibuka semula kepada orang ramai bermula hari ini


Namun begitu,  Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kebenaran itu bagaimanapun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

 

Tak boleh berkumpul dan berniaga

Kl

Biarpun dibenarkan beroperasi, beliau menegaskan bahawa pengunjung tidak dibenarkan menjalankan aktiviti berkumpulan seperti senam robik dan aktiviti perniagaan tidak dibenarkan beroperasi di situ.

“Selepas menimbang semula, kita memutuskan taman awam DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) hendaklah dibuka tetapi dikawal selia dan SOP mesti dipatuhi.

“Lazimnya, apabila taman dibuka, ada kumpulan buat riadah dan berkelah, namun ia tidak pula menghalang aktiviti lain dibuka untuk digunakan orang awam selagi ia tidak bertentangan dengan SOP KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya secara langsung menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, semua premis serta kedai cermin mata di Wilayah Persekutuan juga dibenar membuka perniagaan mereka.

Img20190510174724

Menurut beliau, Majlis Keselamatan Negara (MKN) berpuas hati kedai cermin mata boleh beroperasi sebagai sebahagian khidmat yang diperlukan oleh rakyat, lapor Sinar Harian.

 

Baca : Dobi Layan Diri Di Kawasan PKP Dibenarkan Beroperasi

Dobi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.