in

“Sekali makan je dah RM100” – GF Mata Duitan, Terpaksa Tanggung Makan Setiap Bulan Sampai RM4,200!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya benda ni selalu jadi isu. Siapa patut bayar bila keluar dating, lelaki ke perempuan? Banyak kali dah netizen berdebat kan pasal isu ni dekat media sosial? Ada yang kata lelaki patut bayar sebab kena jadi gentleman, ada yang kata boleh share dan tak ada masalah pun kalau perempuan bayar.


Tapi, seorang perempuan baru-baru ni minta putus dengan teman lelaki dia sebab katanya tak mampu tanggung makan minum? Menurut posting di Facebook, seorang lelaki membuat confession dan mengadu yang teman wanita dia seorang mata duitan.

Gambar hiasan

Katanya semenjak ada teman wanita, duitnya banyak dihabiskan untuk bayar makanan. Mana tidaknya, setiap kali makan je bil dan sampai RM100.

Dalam masa sehari, mereka akan makan sebanyak 3 kali dan dia terpaksa tanggung semuanya dengan jumlah RM300. Bayangkan, dalam tempoh 2 minggu je dia perlu belanja sebanyak RM4,200 untuk ‘suap’ teman wanita dia.

Menurut lelaki yang tak dedahkan identitinya ini, gaji dia cuma RM4,200 sebulan so dia dapat survive dengan duit itu selama 2 minggu saja. Disebabkan itu, teman wanitanya nak putuskan hubungan mereka sebab dia tak mampu untuk tanggung makan minum setiap bulan. WTH?

Gambar hiasan

Ramai netizen yang baca posting tu tertanya-tanya makanan apa yang mereka makan sampai bil cecah RM100. Makan emas ke apa?

Ada juga beberapa yang memberi nasihat dan cakap dia sepatutnya tak terlalu fokus dengan jumlah gaji sebaliknya cuba ubah perangai teman wanita tu.

Apa pendapat korang? Siapa pernah dapat GF macam ni?

Baca: “Dasar materialistik!” – Beli Mazda Baru Sebab GF Tak Suka Myvi, Sekali Nampak Lelaki Bawa Mercedes Cium GF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.