Korang pernah tak bila tak tahu jalan lepas tu masuk kedai berdekatan kat situ dan tanya pekerja di sana? Benda macam normal dan tak ada apa-apa kan?
Tapi cuba korang bayangkan, kalau dalam sehari tu hampir 100 orang macam korang tanya dekat pekerja yang sama? Boleh faham jugak kalau dorang rasa letih dan annoyed nak layan.
Macam satu kedai runcit dekat Hong Kong yang baru-baru ini telah menemui cara untuk kurangkan pelancong masuk kedai dorang semata-mata nak tanya jalan.
Menurut HK01, kedai runcit ni telah membuat keputusan untuk meminta orang yang masuk untuk tanya jalan membayar sebanyak HK$10 (RM5.70) selepas menerima lebih dari 100 pertanyaan sehari dari pelancong. Uish banyak tu, ingat kaunter pertanyaan ke?
Kedai ini juga turut melekatkan kertas di hadapan kedai yang bertulis “Yuran untuk beritahu arah jalan: HK$10”, turut menegaskan dalam arahan tersebut bahawa pembantu kedai dan syarikat tidak mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk menunjukkan jalan.
Difahamkan, penanda tersebut telah diletakkan oleh kedai runcit bernama SuperOne yang terletak di persimpangan jalan antara Portland street dan Pitt street. Kedai ini telah mengambil alih premis pejabat tiket dan bus antara-bandar yang membawa penumpang dari Hong Kong ke China selepas ianya ditutup ketika pandemik dua tahun lalu.
Oleh sebab ini, penumpang yang gagal mencari pegawai tiket atau tempat untuk menaiki bas telah membuat keputusan untuk bertanya kepada pekerja kedai runcit tersebut.
Pengurus StoreOne Yuki menjelaskan, dia telah melihat peningkatan pertanyaan dari pelancong-pelancong di sana selepas Hong Kong membuka semula sempadan pada Februari ini.
Ada seramai 20 ke 30 orang yang akan tanya saya jalan dan kebanyakan dari mereka tanya tentang terminal untuk menaiki bas.”
Walaupun penat melayan pertanyaan ini, Yuki dan pekerja-pekerjanya sering melayan pertanyaan pelancong namun pada masa yang sama turut rasa geram dengan beberapa pelancong yang kurang ajar dan tak berterima kasih menyebabkan mereka buat keputusan untuk membuat cas seperti ini.
Namun begitu, selepas keputusan kedai ini tular di media sosial, pihak kedai ini membuat keputusan yang ianya adalah tindakan yang kurang menyenangkan dan telah pun menurunkan arahan tersebut.
Yuki turut menegaskan bahawa kedainya tak pernah cas pelancong yang tanya jalan walaupun selepas arahan tersebut diletakkan di kedai.
Orang ramai tak lalui apa yang kami lalui, jadi dorang tak tahu situasinya atau faham apa yang kami rasa.”
Tapi sekarang, keadaan telah pun menjadi semakin baik selepas syarikat bas tersebut telah membuat keputusan untuk letakkan penanda dengan alamat baru mereka dan cara untuk pergi ke sana.
Baca: “Kena kerap basuh tangan” – [VIDEO] Pekerja Kedai Makan Ditegur Gara-gara Pakai Glove?