in

” Sedihnya tengok… ” – [VIDEO] Anjing Setia Tengok Tuan Sakit, Dibawa Naik Ambulan

New Ft Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesetiaan pada pasangan merupakan perkara yang common  dan sangat la biasa kita dengar dekat sosial media. Tapi cerita pasal kesetiaan haiwan pada tuannya jarang kita dengar bukan.



Anjing dikatakan haiwan yang paling setia pada tuan lagi-lagi anjing tu sudah hidup bertahun-tahun dengan tuannya. Walaupun anjing kelihatan garang dan ganas tapi sebenarnya dia merupakan haiwan yang boleh melindungi kita daripada bahaya.

Semalam, dalam perkongsian @bulanbintang1788, dia telah memuat naik satu video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan kesetiaan seekor anjing pada tuannya. Kenapa air keluar dari mata ni…

@bulanbintang1788

Allah hu…haiwan ni kasih dorang tulus..#acufyp #kesayanganku #covid19 krdt narin.moga tuan dia selamat dari covid dn blh berjumpa semula.

♬ original sound – ❤️𝖋𝖎𝖊𝖟𝖆 #𝖙𝖗𝖎𝖇𝖊769 ❤️ – ❤️𝖋𝖎𝖊𝖟𝖆 #𝖙𝖗𝖎𝖇𝖊769 ❤️

“Dia pun nak ikut juga”

Dalam video tersebut, seekor anjing sedang mengejar tuannya yang sedang terbaring di atas troli ambulan sambil diiringi oleh beberapa petugas yang memakai pakaian PPE. Tuan anjing tersebut merupakan salah seorang pesakit Covid yang perlu dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan.

Anjing itu kelihatan ingin ikut sekali tuannya naik ambulan tapi haiwan peliharaan tidak dibenarkan untuk naik ambulan. Sayang betul dekat tuan dia…

“Lagu Sudirman pula tu”

Video yang berdurasi lebih daripada setengah minit ini telah mendapat hampir setengah juta jumlah tontonan di Tiktok. Kebanyakan netizen yang menonton video tersebut sebak dan sedih melihat anjing itu ditinggalkan oleh tuannya akibat Covid. Lagi-lagi video tu guna lagu Salam Terakhir daripada arwah Sudirman. Min pun boleh nangis kalau macam tu.

Beberapa komen netizen yang menunjukkan mereka tersentuh dengan aksi anjing tersebut dalam video. Malah ada yang mendoakan agar tuan kepada anjing tersebut cepat sembuh.

 

Komen Anjing

Walaupun anjing merupakan haiwan yang dipandang hina oleh sesetengah masyarakat tapi dari sudut yang baik kesetiaannya pada tuan haruslah dicontohi oleh kita semua.

Min doakan agar tuannya cepat sembuh dan dapat jaga anjingnya semula.

Baca: “Sampai doctor kat sebelah suruh slow” – Netizen Kecut Perut Tengok Skill Pemandu Ambulans

Ambulan E1628828669606

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.