in

“Sedap sangat tu”-[VIDEO] Jilat Sampai Pejam Mata, Gelagat Kucing ‘Hantu’ Durian Curi Perhatian Ramai

Cats 91

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tahu tak sekarang ini tengah musim durian tau. So, memang ramai gila yang jual durian dekat tepi jalan sekarang kalau korang perasan.


Sebut sahaja durian, siapa tak meleleh air liur dia kan? Raja buah ini memang boleh dikatakan menjadi buruan ramai setiap kali tiba musimnya.

Normal la kalau manusia yang gilakan durian, tapi korang pernah tengok kucing yang hantu durian? Lain macam kucing ni.

 

Sedap sampai pejam mata

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh mekbeeboolat97 di Tiktok baru-baru ini, dia berkongsi gelagat lucu kucing peliharaannya yang seronok makan durian selepas dipelawa oleh tuannya.

“Pandai dia bila tanya, pandang muka kita.”

@mekbeeboolat97

pandai dia bila tanya,pandang muka kite????hantu durian….panas lepas ni mummy xtahu???#catlover #fyp

♬ bunyi asal – MekBee?Boolat – MekBee?Boolat

Korang boleh tengok yang kucing itu memang tengah syok menjilat isi durian sampai terpejam mata dia. Punyalah seronok makan durian ye.

Wanita itu juga sudah pesan kepada kucing dia yang kalau badan rasa panas selepas makan durian, dia tak tahu.

“Hantu durian…panas lepas ni mummy tak tahu.”

 

Ramai berkongsi kisah yang sama

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan gelagat kucing itu sebab diorang pertama kali tengok kucing yang ‘hantu’ durian.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi kisah tentang kucing diorang pun ada perangai yang sama iaitu suka makan durian.

Whatsapp Image 2021 06 25 At 12.20.52 Pm

Whatsapp Image 2021 06 25 At 12.21.04 Pm

Meleleh air liur cerita pasal durian ni. Memang rugi la siapa tak makan durian.

 

Sumber: mekbeeboolat97

Baca:BERITA PALSU! KKM Nafi Khabar Angin Lelaki Meninggal Dunia Sebab Makan Durian Sehari Selepas Vaksin

Capture 60

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.