in

WOW! Lelaki Ini Sanggup Berhabis Lebih RM12 Ribu Untuk Hias Rumah Sempena Merdeka

Cc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam tidak sedar rupanya kita sudah memasuki bulan Ogos. Bulan yang menjadi simbolik dengan sambutan kemerdekaan Malaysia. Pada tahun ini, kita akan bersama-sama menyambut hari kemerdekaan yang ke-63 pada 31 Ogos 2020.


Apabila tiba bulan kemerdekaan ini, sudah pasti seluruh rakyat Malaysia mula untuk menyemarakkan semangat patriotik dengan memasang Jalur Gemilang di rumah atau di kenderaan masing-masing.

C 3

Namun, bagi seorang lelaki dari Melaka ini, dia telah menzahirkan rasa cinta kepada nagara dengan mendekorasi keseluruhan rumahnya dengan tema Merdeka yang memakan belanja lebih RM12 ribu!

Muhammad Muzzamman Othman telah menghias rumah pusaka keluarganya di Felda Tun Ghafar, Machap dengan bendera dan barangan terpakai yang dicat dengan warna-warna Jalur Gemilang.

Ini termasuklah membuat pintu gerbang menggunakan 499 botol plastik untuk menghasilkan bentuk bunga raya. Selain itu, kira-kira 1,000 botol plastik dan tin digunakan untuk menghias susunan di sekeliling kawasan rumah.

C5

 

“Kumpul RM100 sebulan” – Muzzamman

Dia juga turut berkongsi cara menyimpan wang bagi merealisasikan ‘Rumah Merdeka’ ini dengan mengumpulkan RM100 duit gajinya setiap bulan dari 10 tahun yang lalu.

“Sejak 10 tahun lalu, saya memperuntukkan RM100 sebulan daripada duit gaji untuk membeli bendera dan apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk hiasan kemerdekaan”

Muzamman yang merupakan generasi ketiga di Felda tersebut merasakan bahawa minatnya terhadap hiasan ‘Rumah Merdeka’ ini hanyalah usaha kecil. Dia berpendapat usahanya ini adalah tanda penghargaan kepada pejuang negara yang berjaya mendapatkan Kemerdekaan untuk Malaysia, lapor Kosmo.

C2 2 1

C1 2

Walaupun tiada lagi majlis sambutan perarakan sempena Merdeka pada tahun ini kerana pandemik COVID 19, tetapi kita masih berpeluang untuk menyambutnya dengan keluarga di rumah masing-masing dan semarakkanlah semangat kemerdekaan. Merdeka!

 

Baca: Wow! Proton Keluarkan Saga Edisi Ulang Tahun, Apa Yang Specialnya Model Ini?

C4 1 1

Sumber: Kosmo
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.